Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
211) MURID KECICIRAN SEKOLAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa bilangan atau statistik anak-anak Negeri Selangor yang tidak bersekolah?
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor ambilil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan isu keciciran murid.
- JPN Selangor sentiasa memandang serius mengenai isu murid tidak bersekolah dan menjalankan pemantauan kepada murid berisiko cicir dan murid cicir. Intervensi turut dilaksanakan pada peringkat sekolah bagi memastikan mereka kekal dalam sistem pendidikan negara sehingga tamat persekolahan.
- Murid cicir yang telah dikenal pasti dibantu penempatannya masuk ke sekolah.. Jumlah murid cicir yang dikenalpasti dan kembali ke sekolah sepanjang tahun 2023 adalah seperti berikut:
Sekolah Permohonan
Lulus Peratus
Rendah 262
262 100
Menengah 266
266 100
Murid yang dikenalpasti ini adalah berstatus warga negara. Menerusi jumlah yang dikenalpasti, 100% permohonan telah diluluskan penempatannya di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah murid yang keciciran sekolah?
JPN Selangor telah melaksanakan pelbagai program / kaedah bagi menangani keciciran murid. Antara program / kaedah yang telah dilaksanakan adalah:
- Mewujudkan Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC) di peringkat JPN, PPD dan sekolah.
- Ziarah Cakna dan Ziarah Komuniti yang melibatkan ketua komuniti setempat seperti ketua kampung, pengerusi JKK dan lain-lain.
- Program Outreach Komuniti untuk mengesan murid cicir yang melibatkan JPN, PPD, agensi luar, NGO, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM dan pegawai KPM.
- Berkolaboratif dengan pusat jagaan bagi memastikan murid yang tinggal di pusat jagaan tidak tercicir.
Intervensi murid berisiko cicir dengan menggunakan Modul SUDI oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. – Penjelasan: Modul Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pencegahan dan intervensi murid cicir.