Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
94) MPKK DAN PREMIS MPKK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Siapakah yang bertanggungjawab dalam meluluskan penggunaan premis dibawah seliakuasa MPKK?
Saya mohon supaya sub-soalan a), b) dan c) dijawab bersekali.
Kerajaan Negeri membenarkan masyarakat untuk menggunakan setiap balai raya yang berada di bawah seliaan MPKK bagi menjalankan program kemasyarakatan seperti program gotong royong, program belia dan sosial, sesi dialog bersama penduduk kampung dan lain-lain.
Sesuai dengan konsep balai raya iaitu untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai/ awam termasuk padang, tiada larangan pernah dibuat bagi menghalang mana-mana organisasi/pertubuhan untuk memohon bagi penggunaan premis-premis di bawah seliaan MPKK.
Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah melalui MPKK yang berkaitan.
-
Apakah kriteria yang diambil kira oleh MPKK untuk meluluskan penggunaan balairaya atau padang yang berada dibawah seliakuasa MPKK?
Saya mohon supaya sub-soalan a), b) dan c) dijawab bersekali.
Kerajaan Negeri membenarkan masyarakat untuk menggunakan setiap balai raya yang berada di bawah seliaan MPKK bagi menjalankan program kemasyarakatan seperti program gotong royong, program belia dan sosial, sesi dialog bersama penduduk kampung dan lain-lain.
Sesuai dengan konsep balai raya iaitu untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai/ awam termasuk padang, tiada larangan pernah dibuat bagi menghalang mana-mana organisasi/pertubuhan untuk memohon bagi penggunaan premis-premis di bawah seliaan MPKK.
Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan adalah tertakluk kepada kelulusan permohonan yang dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah melalui MPKK yang berkaitan.
-
Adakah benar Kerajaan Negeri tidak membenarkan tadika PASTI menggunakan premis-premis dibawah MPKK?