Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
177) MPHS BERTINDAK PROAKTIF DENGAN MENGHANTAR NOTIS/SAMAN PREMIS/LOT KEDIAMAN YANG SEMAK
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah notis atau saman yang telah dikeluarkan?
Sebanyak 50 helai notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1796 kepada pemilik-pemilik premis yang membiarkan lot/premis kediaman di dalam keadaan semak samun sepanjang bulan Januari hingga Oktober 2022.
2021: 148 notis dikeluarkan
2022: 79 notis dikeluarkan (69 notis bagi kawasan perumahan, 10 bagi lot tanah)
-
Berapakah saman yang telah dikutip?
Tiada saman yang dikeluarkan kepada pemilik premis kerana: –
- Alamat surat menyurat terkini yang digunakan adalah alamat harta, (lot/premis yang bersemak).
- Kebanyakan pemilik premis/lot gagal mengemaskini maklumat pemegang harta di dalam system E-Council MPHS. Dalam sesetengah kes, lot/premis harta yang dijual, pemilik asal telah berpindah dari Kawasan yang didiami dan pemilik terkini gagal dikenalpasti oleh MPHS.
- Walaubagaimanapun, MPHS akan membuat kerja-kerja pembersihan di lot/premis yang gagal mematuhi arahan notis yang dikeluarkan dan caj bayaran bagi kerja berkenaan akan dimasukkan ke dalam bil cukai taksiran pemilik lot/premis berkenaan.
-
Berapakah kes yang telah dibawa ke mahkamah dan apa keputusannya sehingga kini?
Tiada kes yang dibawa ke mahkamah.