Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
56) MOTOR ELEKTRIK
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menggalakkan kegunaan motor elektrik?
(Soalan (a) dan (c) dimohon untuk dijawab bersekali)
Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan peredaran masa dan teknologi terkini disamping berpaksikan halatuju yang terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di bawah Strategi 7, Bidang Tumpuan 3 sebagai sebuah Negeri Rendah Karbon, Selangor komited untuk meneruskan agenda untuk memberi galakan kepada penggunaan pelbagai kenderaan elektrik termasuklah motosikal elektrik. Di bawah Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM), tujuh (7) Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di Selangor telah dikenal pasti untuk mengambil tindakan susulan ke arah mengurangkan pelepasan karbon. Antara usaha yang telah dilakukan ialah penggunaan motosikal elektrik sebagai kenderaan rondaan dan penguatkuasaan. Sebanyak lima (5) unit motosikal elektrik digunakan di MBPJ,dua (2) unit di MBSA, tiga (3) unit di MPAJ dan dua (2) unit di MPKL sebagai permulaan galakan penggunaan motosikal elektrik di PBT. Selain itu, beberapa PBT seperti MBSA juga telah menggalakkan aktiviti riadah di kawasan rekreasi tertentu dengan menyediakan perkhidmatan sewaan kenderaan mikromobiliti seperti basikal elektrik (e-bike), skuter elektrik (e-scooter).
Walaupun dasar pengangkutan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Negeri Selangor akan membantu mempercepatkan peralihan sektor pengangkutan ke mobiliti rendah karbon dengan memfokuskan peralihan kepada pengangkutan kenderaan elektrik (EV) dan penambahan penggunaan mikromobiliti serta cadangan pembangunan infra pengecas EV sebagaimana yang digariskan dalam RS-1.
PLANMalaysia juga telah menerbitkan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik yang telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara Kali Ke-42 Bil.2/2023 pada 18 September 2023 bagi memandu Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan semua pihak berkepentingan dalam merancang, mereka bentuk dan menyediakan petak pengecasan kenderaan elektrik.
-
Adakah kerajaan merancang untuk wujud laluan khas motor untuk memastikan keselamatan penunggang motosikal? Seperti laluan khas basikal.
Kerajaan Negeri turut mengambil berat isu keselamatan pengguna jalan raya memandangkan penggunaan kenderaan bemotor dan aliran trafik yang sangat tinggi khususnya di kawasan-kawasan perbandaran yang terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan terhadap semua jenis kenderaan khususnya motosikal. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membina laluan motosikal sebagaimana laluan khas yang telah dibina di lebuhraya utama seperti Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) kerana jalan negeri dan jalan PBT adalah terhad dari segi kawasan saiz lebar lorong/jalan (carriageway) dan cadangan penggunaan baki rizab jalan bagi tujuan pembangunan kemudahan laluan basikal, laluan pejalan kaki dan laluan khas kenderaan mikromobiliti.
-
Apakah cara kerajaan untuk menggalak kegunaan motor elektrik untuk mengurangkan perlepasan karbon dan kesesakan jalan?