Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
16) MOHON PAMPASAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon pencerahan tidak adakah pampasan dari Bandaraya atau Majlis Perbandaran kepada Daerah Sabak Bernam kerana tidak dapat membuat pembangunan diatas tanah yang digazetkan sebagai tanah pertanian bagi mengekalkan pusat sekuriti makanan Negeri Selangor ?
Tiada pemberian dalam bentuk pampasan yang diberikan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) atas sebab tiada pembangunan yang boleh dibuat atas tanah yang digazetkan sebagai tanah pertanian. Namun, pihak Kerajan Negeri memberikan peruntukan berjumlah RM4 juta secara tahunan mulai tahun 2019 dalam bentuk geran mengurus bagi membantu keadaan ekonomi setempat. Seperti contoh, geran mengurus tersebut digunakan untuk perbelanjaan bayaran gaji dan bonus MDSB.
-
Atas sebab berikut , peluang pekerjaan bagi anak-anak Sabak Bernam agak terhad sehingga terpaksa berhijrah ke bandar-bandar serta meninggalkan kedua ibubapa yang telah uzur di kampung.