Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

83) MODEL EKONOMI BARU

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) dengan elemen kreativiti, inovasi dan nilai tinggi sebagai teras pelaksanaan Rancangan Malaysia KeSepuluh (RMK-10). Apakah kerajaan negeri mempunyai model ekonomi tersendiri untuk memastikan ekonomi negeri terus kukuh?

    1. Dalam memastikan ekonomi negeri terus kukuh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan dalam masa yang sama mampu beriringan dengan Kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) baru-baru ini, Kerajaan Negeri telah terlebih dahulu mengorak langkah yang lebih proaktif dengan melancarkan model pembangunan yang lebih komprehensif dan menetapkan Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 bagi menjadikan “Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan”.

     

    Berasaskan hala tuju tersebut, Kerajaan menetapkan pelbagai usaha-usaha pembangunan dilaksanakan secara holistik dengan melibatkan pembangunan modal insan yang sentiasa tunduk kepada Penciptanya, pembangunan infrastruktur, ekonomi, urus tadbir yang baik serta tidak melupakan pengurusan alam sekitar. Hala tuju yang holistik ini digariskan melalui 7 teras seperti berikut:-

     

    • Menguruskan negeri maju berteraskan nilai murni, nilai sejagat, keunggulan budaya dan tradisi;
    • Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;
    • Menyediakan panduan strategik mengenai arah dan corak perbandaran dan penggunaan tanah;
    • Menambah baik tadbir urus;
    • Mengurus pembangunan alam sekitar yang mampan;
    • Memacu pembangunan modal insan;
    • Menjana sumber pertumbuhan
  2. Apakah kerajaan negeri bersedia untuk menerapkan MEB dalam strategi pembangunan ekonomi negeri?

    1. Kerajaan akan menerapkan Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 sebagai asas dan wawasan pembangunan negeri Selangor kerana ia memberi penekanan terhadap pembangunan yang seimbang dengan menetapkan  nilai  kerohanian dalam sebarang perancangan pembangunan di samping memastikan penjagaan alam
  3. Apakah strategi kerajaan untuk menjana kreativiti, inovasi dan nilai di kalangan rakyat Selangor?

    1. Dengan status sebagai sebuah negeri maju, Kerajaan sentiasa berusaha untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi di kalangan masyarakat. Dalam usaha Kerajaan mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat negeri Selangor,  Kerajaan telah melancarkan projek Pusat Siber Rakyat (PSR) yang berobjektifkan pengembangan dan penggabungan konsep ilmu, maklumat dan pengetahuan dengan menggunakan medium digital. Projek ini telah dilaksanakan di 5 lokasi seluruh negeri Selangor dan dianggarkan akan dilakukan penambahan sebanyak 10 lokasi-lokasi yang strategik bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat. Kerajaan akan mengadakan program  Festival Sains, Teknologi dan Inovasi (FesSTIS) pada bulan  Jun    Program  ini akan berjaya menarik minat ramai pengunjung di kalangan masyarakat  untuk  mengetahui dan mendalami teknologi-teknologi yang terkini yang berada di pasaran.

     

    Kerajaan akan meneruskan lagi pengembangan Agenda U-WiSEL untuk meningkatkan perkhidmatan internat jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) ke seluruh negeri Selangor tanpa diskriminasi bagi penduduk bandar ataupun luar bandar. Usaha ini akan memastikan pengagihan peluang adalah sama rata,mampu dimiliki oleh semua dan di dalam masa yang sama kelestarian alam sekitar dan pengawalan pencemaran iaitu pencemaran pemandangan dan radiasi dapat dikawal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.