Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

43) MODAL INSAN DI KALANGAN BELIA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perancangan-perancangan yang telah diambil untuk meningkatkan bilangan modal insan yang berkemahiran dan berpendidikan di kalangan belia di Negeri Selangor.

    Antara perancangan dan langkah – langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan penglibatan belia dalam modal insan yang berkemahiran adalah mengadakan program – program berikut :

    1. Melalui tajaan pelajar di kolej INPENS khusunya kepada pelajar – pelajar yang berpendapatan rendah dengan jumlah tajaan sebanyak RM6,500 dan jumlah Pelajar yang telah ditajakan adalah seramai 1,137 orang;
    2. Menganjurkan beberapa program kerjaya khusus untuk belia bagi memberikan pendedahan mengenai peluang – peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat bantuan kewangan;
    3. Menganjurkan program-program seminar dan kursus keusahawanan khususnya untuk memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawanan kepada golongan belia seperti berikut :
    • Kursus Asas Keusahawanan;
    • Kursus Pemasaran;
    • Kursus Pengurusan Kewangan; dan 4) Kursus Rancangan Perniagaan

     

    • Program Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor bermula tahun 2009 – 2013 dengan pencapaian seramai 2,946 pemohon yang berjaya di temuduga, selain itu pemohon diberi pendedahan khidmat nasihat serta pengalaman cara bagaimana sesi temuduga diadakan;dan
    • Program Jom Kerja berbentuk Kursus Kerja Berkualiti menjadi satu platform kepada para peserta untuk bertemu dengan bakal majikan untuk mencari peluang pekerjaan sedia ada. Kursus ini dijalankan selama dua hari dan akan membina kekuatan peserta melalui modul pembangunan insan yang terancang demi melahirkan tenaga kerja yang berkualiti. Pada tahun 2012 sebanyak 11 program telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan penyertaan seramai 800 orang.

    .

    Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Peransang Selangor Berhad telah melaksanakan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) bertujuan untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dengan menyediakan kursus – kursus kemahiran umum dan khusus.

    Objektif utama Program RKSS ini adalah untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan untuk mempertingkat pengetahuan dan keupayaan diri mereka melalui penyediaan latihan samada dalam bentuk kemahiran umum (softskill) atau kemahiran – kemahiran khusus seperti kemahiran teknikal dan sebagainya. Program ini dilaksanakan dalam dua (2) fasa utama iaitu :

    • Fasa I: Penyediaan kursus dan latihan yang strategik untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah-siswazah dalam negeri Selangor bagi membolehkan mereka lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perusahaan perniagaan sendiri; dan
    • Fasa II: Penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-The-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus

    Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) secara percuma kepada mahasiswa Selangor (lepasan Diploma dan Ijazah) sejak September 2011 hingga Disember 2012 seramai 735 orang telah terlibat di dalam program ini. Manakala pada tahun 2013, Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) telah ditukar kepada Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS), di mana majlis pelancaran telah diadakan sempena Karnival RKRS di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 15-16 Disember 2013. Program RKRS terbuka kepada belia, mahasiswa, surirumah dan pesara ditawarkan secara percuma dan telah berjaya melibatkan seramai 655 orang. Maklumat terperinci mengenai senarai kursus seperti di lampiran A.

    LAMPIRAN A

    RKRS 2011 – 2012

    BIL KURSUS   PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
    1. Pembangunan

    Kemahiran

    Siswazah

    Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja 2 Minggu (14 hari) Malaysian

    Institute of

    Management

    (MIM)

    42
    2. Pembangunan

    Usahawan

    Muda

    Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan

    mempunyai daya saing

    tinggi

    4 Minggu (30 hari) Corporate

    Education

    Development

    Centre (CEDC)

    57
    3. Perbankan dan Kewangan Islam Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam 11

    Minggu

    (33 jam)

    Pusat Pengajian

    At-Tibyan dan

    MIM

    38
    4. Pentadbir IT

    (IT

    Administrator),

    Sijil

    Keselamatan

    & Selenggara LAN dan Sijil

    Membaiki

    Komputer)

    Kemhairan dalam pengurusan perkakasan

    (server, suis, penghala dll), reka bentuk web dsb. Kemahiran dalam pengurusan server, reka bentuk rangkaian & keselamatan dan penyelesaian masalah. Kemahiran membaiki dan penyelesaian masalah (perkakasan & perisian)

    5 Minggu (25 hari) Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    47

    RKRS 2011 – 2012

    BIL KURSUS   PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
    5. Fiber Untuk Juruteknik Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optik dan rangkaian. 2 Minggu (10 hair) Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    60
    6. Kreativiti Dan Inovasi Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi. 1 Minggu

    (5 hari)

    Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    13
    7. Pengurusan & Operasi Halal Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia. 2 Minggu (10 hari) Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    196
    8. Adobe

    Photoshop &

    Microsof Office

    Pengetahuan & kemahiran reka bentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop & Microsoft Office 3 Minggu (15 hari) Significant

    Technologies Sdn. Bhd.

    (SigTech)

    18
    9. Industri

    Maritim/

    Perkapalan

    Pengetahuan & kemahiran dalam bidang marin/perkapalan laut dalam 4 Minggu (30 hari) Myous Maritime Sdn. Bhd. 45
    10. Pembuatan

    Pakaian Lelaki dan Wanita

    Pengetahuan dan kemahiran pembuatan pakain lelaki dan wanita 12

    Minggu

    (3 bulan)

    Akademik

    Jahitan

    Kamsiah

    47
    11. Percetakan

    Segera (Flash

    Stamp

    Printing)

    Pengetahun dan kemahiran keusahawan dalam bidang percetakan segera 3 hari ANQR Flash

    Stamp Agency Sdn. Bhd.

    83
    12. Pendidikan

    Awal KanakKanak

    Pengetahun dan kemahiran pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak 4 Minggu (1 bulan) Pro-Intellect

    Consultancy Sdn. Bhd.

    30

    RKRS 2011 – 2012

    BIL KURSUS   PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
    13. Penjagaan rambut

    (Hairdressing)

    Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang

    berdandanan/penjagaan rambut (hairdressing)

    16 Minggu (4 bulan) MSI Academy Sdn. Bhd. 15
    14. Perunding

    Pelancongan

    (Tourist Guide)

    Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perundingan pelancongan 16 Minggu (4 bulan) MSI Academy Sdn. Bhd. 14
    15. Penternakan Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh 1 Minggu

    (6 hari)

    Akademik MJ Fatonah Sdn.

    Bhd.

    30
          JUMLAH KESELURUHAN   735

    RKRS 2013

    BIL KURSUS   PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
    1. Pembangunan

    Kemahiran

    Siswazah

    Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja 2 Minggu (14 hari) Malaysian

    Institute of

    Management

    (MIM)

    60
    2. Perbankan dan

    Kewangan Islam

    Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam 11 Minggu (33 jam) Pusat

    Pengajian At-

    Tibyan dan MIM

    13

     

     

    RKRS 2013

    BIL KURSUS   PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
    3. Pentadbir IT (IT

    Administrator),

    Sijil

    Selenggara

    LAN dan Sijil

    Membaiki

    Komputer)

     

    Kemhairan dalam pengurusan perkakasan

    (server, suis, penghala dll), reka bentuk web dsb. Kemahiran dalam pengurusan server, reka bentuk rangkaian & keselamatan dan penyelesaian masalah. Kemahiran membaiki dan penyelesaian masalah (perkakasan & perisian

    5 Minggu (25 hari) Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    19
    4. Juruteknik Fiber Optik Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optik dan rangkaian. 2 Minggu (10 hair) Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    51
    5. Pengurusan & Operasi Halal Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia. 2 Minggu (10 hari) Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    49
    6. Adobe

    Photoshop,

    Animation &

    Microsof

    Office

    Pengetahuan & kemahiran reka bentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop

    & Microsoft Office

    3 Minggu (15 hari) Significant

    Technologies Sdn. Bhd. (SigTech)

    15
    7. Industri

    Maritim/

    Perkapalan

    Pengetahuan & kemahiran dalam bidang marin/perkapalan laut dalam 4 Minggu (30 hari) Myous Maritime Sdn. Bhd. 30

     

    8. Pembuatan

    Pakaian Lelaki dan Wanita

    Pengetahuan dan kemahiran pembuatan pakain lelaki dan wanita 12 Minggu (3 bulan) Akademik

    Jahitan

    Kamsiah

    30

     

     

    RKRS 2013

    BIL KURSUS   PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
    9. Percetakan

    Segera (Flash

    Stamp Printing)

    Pengetahun dan kemahiran keusahawan dalam bidang percetakan segera 3 hari ANQR Flash

    Stamp Agency Sdn. Bhd.

    63
    10. Pendidikan

    Awal KanakKanak

    Pengetahun dan kemahiran pengurusan pusat pendidikan awal kanak-kanak 4 Minggu (1 bulan) Pro-Intellect

    Consultancy Sdn. Bhd.

    60
    11. Keusahawanan

    Perkhidmatan

    Perakaunan

    Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang perakaunan 1 Minggu

    (5 hari)

    A. Razak & Co 60
    12. Penternakan Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang penternakan lembu, kambing, ayam, itik, burung puyuh 1 Minggu

    (6 hari)

    Akademik MJ Fatonah Sdn.

    Bhd.

    60
    13. Bakeri Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dalam bidang bakeri ; kek, roti & pastri 1 Bulan (30 hari) My Chef

    Enterprise Sdn Bhd

    60
    14. Kerjaya Mutawwif Pengetahuan dalam kerjaya sebagai Konsultan, Mutawwif

    Umrah dan Haji

    5 Hari AMTC Services Sdn Bhd 60

    RKRS 2013

    BIL KURSUS PENGETAHUAN / KEMAHIRAN TEMPOH PENYEDIA LATIHAN JUMLAH PESERTA
    15. Kemahiran

    Teknikal

    Komputer,

    Keusahawanan

    & Tenaga

    Pengajar

    Microsoft

     Pengetahuan dalam keusahawanan, kemahiran teknikal IT & pembangunan kendiri 1 Bulan (30 Hari) Skali

    Community

    Engangement Sdn Bhd

    25
        JUMLAH KESELURUHAN   655
  2. Sila nyatakan sejauh manakah keberkesanan dan tindakan susulan program pembangunan modal insan melalui aktiviti-aktiviti SPIES.

    Program pembangunan modal insan merupakan program yang perlu dijalankan secara berterusan dan untuk melihat keberkesanan program ini mengambil masa yang panjang. Pembangunan kemanusiaan ini bukan sekadar diukur keberkesanan dan kejayaannya dalam bentuk kebendaan akan tetapi ia lebih menjurus kepada pembinaan nilai kemanusiaan sejagat merentasi sempadan agama, bangsa dan warna kulit.

    Program ini juga menjuruskan kepada pembentukan insan yang bertamadun dan mempunyai nilai hidup yang tinggi bagi menyokong pembentukan sebuah masyarakat yang cemerlang dan berintigriti.

    Program SPIES yang telah mula dilaksanakan pada Ogos 2008 telah memberi impak kepada rakyat Negeri Selangor berdasarkan sambutan dan komitmen kehadiran dalam setiap program yang dilaksanakan dan permintaan masyarakat terhadap pelaksanaan program SPIES. Program SPIES dirancang mengikut beberapa fasa iaitu :

    Fasa Tahun
    (i) Fasa kesedaran 2008 – 2011
    (ii) Fasa pengembangan 2012 – 2014
    (iii) Fasa pengukuhan 2015 – 2017

    Program SPIES peringkat fasa kesedaran telah berjaya memberi impak seperti berikut:

    1. Kesedaran kepentingan pembangunan modal insan dalam melahirkan masyarakat cemerlang; dan
    2. Kesedaran kepentingan pembangunan modal insan bagi mengawal penglibatan aktiviti gejala sosial.

    Bermula Ogos 2008 sehingga Mei 2013 seramai 113,012 orang peserta yang telah mengikuti program SPIES.

    Manakala program SPIES peringkat fasa pengembangan telah berjaya melahirkan seramai 737 duta SPIES dan 1200 orang ahli Briged Amal.

    Hasil dari pelaksanaan program SPIES Kerajaan Negeri juga telah mengadakan program susulan seperti berikut :

    1. Program Jom Kerja yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan pencapaian seramai 2,946 pemohon yang berjaya di temuduga, selain itu pemohon diberi pendedahan khidmat nasihat serta pengalaman cara bagaimana sesi temuduga diadakan;
    2. Pelancaran Program Pembudayaan SPIES yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 19 Februari 2013. Ini adalah kerana program pembangunan insan adalah satu program berterusan dan bukan berbentuk kursus setahun sekali sahaja;
    3. Program SPIES D’Village (PSD) dilaksanakan bertujuan untuk mengalikasikan pembudayaan SPIES dalam masyarakat. Oleh itu, satu manual PSD telah disediakan dan latihan diberikan kepada Jawatankuasa Sekretariat PSD yang terdiri dari Jawatankuasa masjid, Jawatankuasa kampung dan sukarelawan di peringkat kampung yang dikenalpasti;
    4. Program Pembudayaan SPIES di Organisasi (PSO) bagi melaksanakan pembudayaan SPIES dalam organisasi dan satu manual PSO telah dibuat dan diberi latihan kepada Jawatankuasa Sekretariat PSO di peringkat jabatan yang dikenalpasti;
    5. Cadangan penubuhan Institut SPIES akan dilaksanakan bagi melicinkan pelaksanaan program pembudayaan SPIES dan pelaksanaan SPIES bagi jangka masa panjang. Pendataan maklumat peserta dan pengukuran keberkesanan program akan dibuat bagi melihat impak program pembudayaan SPIES.

Lampiran

Tiada Lampiran.