Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
11) MITS BAGAN TERAP SABAK BERNAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan untuk memanfaatkan bangunan tinggal yang masih kosong?
JAIS merancang untuk membaikpulih dan menaiktaraf bagi memanfaatkan beberapa bangunan tinggal yang masih kosong seperti Mini Auditorium, Bilik Darjah Tingkatan 6 dan Asrama Tingkatan 6. Walau bagaimanapun, ia dibincang di peringkat Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan mengikut keutamaan secara berperingkat.
-
Apakah perancangan kerajaan bagi pembangunan tanah MITS yang luas dan masih kosong?
Kerajaan melalui JAIS merancang untuk membangunkan tapak tanah MITS yang masih kosong sebagai tapak pusat aktiviti ko-kurikulum bagi sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor.