Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
340) MITIGASI BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kerja-kerja pendalaman Sungai Klang oleh Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd. di sekitar Seksyen 25, Shah Alam?
Program mitigasi banjir yang dilaksanakan oleh Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd melibatkan kerja-kerja pendalaman dan pelebaran sungai serta pengukuhan ban dan tebing sungai di sepanjang 56km jajaran Sungai Klang. Setakat 31 Disember 2023, kemajuan keseluruhan projek adalah sebanyak 5.93% berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanyak 5.81%.
Kerja-kerja pendalaman dan pelebaran Sungai Klang sedang dijalankan di Zon 6 (Sungai Kandis ke Alam Impian) dan Zon 8 (Kota Kemuning ke Kampung Lombong). Kemajuan terkini kerja-kerja di tapak Zon 8 merangkumi kerja-kerja pendalaman sepanjang 500m dan kerja-kerja penyediaan tapak bagi pembinaan ban serta pengukuhan tebing telah dijalankan sepanjang 2km.
Kerja-kerja pendalaman sungai di Zon 6 dijangka akan bermula pada penghujung bulan Februari 2024. Manakala kerja-kerja pendalaman sungai di Zon 7 (Sri Muda / Seksyen 25) dijangka akan bermula pada suku ketiga tahun 2024.