Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

174) MITIGASI BANJIR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kini Projek menaiktaraf sistem saliran Taman Sri Muda khasnya pembinaan skru pam dan lain sepatutnya diselesaikan pada 24.1.2024?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Taman Sri Muda, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan khasnya pembinaan screw pump dan kerja berkaitan masih dalam peringkat pelaksanaan. Perincian projek adalah seperti berikut:-

  2. Apakah punca kelewatan dan adakah jabatan berkenaan ambil tindakan dan maklum kepada ADN/ awam?

    Pihak kontraktor telah mendapat kelulusan lanjutan masa ketiga sehingga 26 Mei 2024 disebabkan terdapat pergerakan tanah di tapak pembinaan compact sub TNB yang telah menyebabkan kelewatan berlaku. Sehubungan itu, pihak perunding projek telah mencadangkan kerja pengukuhan tebing perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan integriti struktur compact sub TNB tidak akan terjejas semasa pembinaan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kerja pengukuhan tebing tersebut telah siap dilaksanakan dan pihak kontraktor sedang dalam pelaksanaan pembinaan compact sub TNB.

  3. Tindakan JPS terhadap Kontraktor yang gagal?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kelewatan yang berlaku adalah disebabkan oleh berlakunya pergerakan tanah dan kontraktor layak mendapat lanjutan masa sepertimana syarat-syarat yang terkandung di dalam Dokumen Kontrak.

Lampiran

Tiada Lampiran.