Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

217) MITIGASI BANJIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan pelan mitigasi banjir untuk kawasan Telok Pulai, Kg Sg Udang dan Kg Delek.

    Untuk kawasan Teluk Pulai, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan Projek menaiktaraf sistem saliran Taman Melawis di bawah peruntukan caruman parit. Kajian rekabentuk meliputi kawasan tadahan Teluk Pulai yang mengalirkan air tadahan ke Taman Melawis. Untuk projek kawasan Kg Sg. Udang dan Kg Delek, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan projek menaiktaraf saliran jalan Yadi Kg Sg Udang di bawah peruntukan caruman parit dan projek tebatan banjir Telok Gadong serta kolam takungan banjir Kg Delek di bawah peruntukan pembangunan RMK-11.

  2. Nyatakan nilai ÔtimeframeÕ projek mitigasi tersebut.

    Bagi projek tebatan banjir Telok Gadong, projek kolam takungan banjir Kg Delek dan projek menaiktaraf sistem saliran Jalan Yadi dijangka tender akan diiklankan pada bulan November 2016 manakala projek menaiktaraf sistem saliran Taman Melawis dijangka tender pada bulan Februari 2017.

  3. Nyatakan langkah Kerajaan dalam jangka masa pendek dan sederhana sementara projek itu berjalan untuk menghadapi kemungkinan banjir kilat terutama di musim tengkujuh

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sungai, saliran utama, borrowpit dan pintu kawalan air setiap tahun secara berkala. Pam-pam kekal telah dipasang pintu air Kg Sg Udang, Telok Gadong dan Taman Melawis untuk beroperasi sewaktu pintu kawalan air ditutup untuk menyalurkan air banjir ke Sungai Klang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.