Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

34) MISI BANTUAN PANTAS

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa misi bantuan telah dilakukan oleh PANTAS sejak ia ditubuhkan?

    Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) telah ditubuhkan pada 2  Februari 2010 sebagai sebuah badan pertubuhan NGO yang memainkan peranan bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam bertindak untuk memberikan bantuan kemanusiaan seperti keperluan asas dan keperluan harian untuk  membantu  mangsa- mangsa bencana alam khususnya di Negeri Selangor serta Malaysia dan negara lain

     

    Penubuhan PANTAS selaras dengan hasrat murni Dato’ Menteri Besar Selangor untuk melibatkan komuniti terutama golongan belia dan remaja di dalam usaha bersama-sama Kerajaan Negeri Selangor melahirkan generasi yang bertanggungjawab,  mempunyai  sensitiviti terhadap sesama manusia disamping dapat membantu pembangunan modal insan di Negeri Selangor. Harapan Kerajaan Negeri Selangor melalui penubuhan NGO seperti ini dapat menanamkan semangat saling bantu membantu bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan sesama masyarakat dapat dipertingkatkan.

     

    Sejak ditubuhkan, PANTAS telah berjaya melaksanakan 7 kali misi bantuan kemanusiaan termasuk luar dan dalam negara.

     

     

     

     

    Berikut merupakan bilangan bantuan yang telah diserahkan kepada yang berkenaan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa musibah.

     

     

    Masa Bencana

     

    Kategori Bencana

     

    Aktiviti / Program

     

    Tarikh memberikan bantuan

    Julai 2010 Sekatan Bantuan Menyertai    pasukan    bantuan    Kemanusiaan Selangor ke Palestin Julai 2010
    6 Jan 2011 Banjir Bantuan    Kemanusiaan Kelantan Mangsa Banjir di 31 Jan 2011
    6 Jan 2011 Banjir Bantuan    Kemanusiaan Pahang Mangsa Banjir di 5 Feb 2011
    7 Jan 2011 Banjir Bantuan    Kemanusiaan Terengganu Mangsa Banjir di 1 Feb 2011
    31 Jan

    2011

    Banjir Bantuan    Kemanusiaan Melaka Mangsa Banjir di 3 – 4 Feb

    2011

    31 Jan

    2011

    Banjir Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Johor 11 – 12 Feb

    2011

    1 Feb 2011 Banjir Bantuan    Kemanusiaan Pahang Mangsa Banjir di 10 Feb

    2011

  2. Senaraikan jenis bantuan dan jumlah peruntukkan yang diperolehi bagi setiap misi bantuan yang dibuat

    Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (PANTAS) bertindak  sebagai Pertubuhan NGO yang memberikan bantuan kemanusiaan seperti keperluan asas, dan keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang  terlibat  dengan  musibah bencana.

     

    Berikut merupakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan melalui PANTAS kepada mangsa bencana seperti mana yang telah dinyatakan di jawapan (a).

     

    Aktiviti / Program Jumlah Peruntukan
    Bantuan       Kemanusiaan        Mangsa       Banjir       di Kelantan,Terengganu dan Pahang RM 50 000.00
    Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir di Pahang, Melaka dan Johor RM 150 000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.