Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
237) MINYAK MASAK TERPAKAI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah insentif atau galakan yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk memastikan minyak masak terpakai dapat diguna semula untuk menghasilkan biodiesel daripada ianya diguna semula oleh peniaga tidak bertanggungjawab untuk menghasilkan minyak masak berkualiti rendah?
Kerajaan Negeri tidak menyediakan sebarang insentif bagi pengumpulan minyak masak terpakai bagi tujuan penghasilan biodiesel. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengadakan kempen sejak tahun 2011 iaitu kempen kesedaran bahaya menggunakan minyak masak berulang kali (faktor kanser), pelupusan minyak masak terpakai yang tidak dipantau (pencemaran) dan manusia (pemprosesan kepada minyak masak kualiti rendah). Selain itu, pihak PBT turut membekalkan tong-tong minyak masak terpakai dan hanya dijual kepada urusetia/kontraktor yang dilantik oleh PBT contohnya di Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).