Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

360) MINYAK MASAK KUTIPAN SEMULA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam minyak masak kutipan semula?

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menyokong program-program kitar semula minyak masak untuk dijadikan sebagai bahan Biodiesel. Banyak program kitar semula minyak masak yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri termasuk program kutipan minyak masak secara bulanan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sejak bulan Julai

    Selain itu juga, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna sedang merancang untuk mewujudkan satu Garis Panduan kutipan Minyak Masak untuk dijadikan bahan Biodiesel untuk digunapakai di dalam program kutipan minyak masak terpakai.

  2. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan insentif untuk bantu golongan usahawan untuk menjalankan kerja-kerja pungutan semula minyak masak kutipan?

    Buat masa ini pihak kerajaan negeri belum mewujudkan sebarang insentif kepada golongan usahawan bagi menjalankan kerja-kerja pungutan minyak masak terpakai. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan negeri sedang di dalam memberi kesedaran di peringkat akar umbi rakyat terhadap kepentingan kitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan bahan

    Kerajaan negeri juga sentiasa menyokong usaha-usaha syarikat-syarikat yang menjalankan kerja-kerja mengitar semula minyak masak terpakai untuk dijadikan bahan biodiesel dengan bekerjasama dengan mereka di dalam program-program kerajaan negeri bagi memberi peluang mereka berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada rakyat berkaitan kewujudan mereka di dalam membantu memelihara alam sekitar dengan cara kitar semula minyak masak tersebut.

    Dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di dalam merancakkan lagi aktiviti kitar semula minyak masak di samping menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti ini.

  3. Berapakah lesen dikeluarkan oleh setiap PBT sejak tahun 2013?

    Tiada sebarang    lesen   yang   dikeluarkan   oleh   PBT    bagi    syarikat    yang menjalankan aktiviti kitar semula minyak masak

Lampiran

Tiada Lampiran.