Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

142) MINIMA 30% PENYERTAAN WANITA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha dan inovasi dalam memenuhi objektif 30% kedudukan kepimpinan wanita Selangor?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka, tidak mengamalkan diskriminasi gender mengambilkira pencapaian prestasi dan pengalaman seseorang individu adalah antara kriteria yang diambil untuk lebih ramai wanita berpeluang untuk dilantik di peringkat pembuat keputusan.

    Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam usaha bagi meletakkan dasar 30% melantik wanita di peringkat pembuat keputusan antaranya adalah pelantikan:-

    • Timbalan Speaker Dewan Wanita pertama (2008)
    • Speaker Wanita Pertama (2013)
    • Pegawai Daerah Wanita Pertama
    • Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor
    • Datuk Bandar Wanita
    • Yang DiPertua Wanita
    • Ahli Dewan Negeri Wanita
    • Ahli-ahli Majlis Wanita di semua PBT
    • Ketua-ketua Jabatan di peringkat Negeri dan PBT.
  2. Nyatakan peratusan pencapaian di setiap peringkat MMKN, Ahli Majlis PBT, Pengarah, CEO Syarikat milik kerajaan, dari 2008 Ð 2016.

    Kerajaan Negeri secara aktif melibatkan golongan wanita sebagai pembuat keputusan antaranya dengan melantik mereka sebagai Ketua Jabatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkumi 42 jabatan di Pentadbiran Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

    Sumber dari Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menyatakan bahawa berdasarkan rekod perjawatan tahun semasa sehingga 20 Oktober 2016, terdapat 15 orang atau 25.4% Ketua Jabatan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri terdiri daripada golongan wanita. Jumlah ini adalah meningkat sebanyak 10.3% berbanding pada tahun 2008 iaitu hanya sebanyak 15.0%. Butiran lanjut jumlah Ketua Jabatan Wanita daripada tahun 2008 sehingga 2016 adalah sepertimana dalam LAMPIRAN A.

    Manakala sumber dari Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menyatakan bahawa peratusan pencapaian kedudukan kepimpinan wanita di dalam perjawatan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan kumpulan anak-anak syarikatnya adalah sebanyak kira-kira 8% peratus bagi kakitangan wanita kategori pengurusan dan ke atas.

    LAMPIRAN

    SENARAI KETUA JABATAN WANITA DI

    PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

    MULAI TAHUN 2008 SEHINGGA 2016

    Bil Tahun Bilangan Ketua Jabatan Wanita Bilangan Ketua Jabatan Keseluruhan Peratus Pencapaian
    1 2008 8 53 15.1%
    2 2009 5 53 9.4%
    3 2010 6 56 10.7%
    4 2011 7 56 12.5%
    5 2012 9 57 15.8%
    6 2013 10 59 16.9%
    7 2014 12 59 20.3%
    8 2015 12 59 20.3%
    9 2016 (Sehingga 20 Oktober 2016) 15 59 25.4%

     

    ** sumber : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Selangor

  3. Apakah ada dasar khusus tentang 30% ini digubal oleh Kerajaan Negeri Selangor? Nyatakan.

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat akan perihal wanita di Selangor. Buat masa ini, Kerajaan Negeri masih dalam tindakan penelitian terhadap keperluan untuk menyediakan dasar khusus tentang 30% ini digubal oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh akan Agenda Pembangunan Wanita termasuk dasar 30% penyertaan wanita dalam pembuat dasar.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.