Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

41) MINAT MEMBACA DI PERPUSTAKAAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri bagi mewujud dan menanamkan minat membaca di kalangan rakyat di Negeri Selangor?

    Kerajaan negeri melalui pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah memulakan penjenamaan semula agensi ini bermula pada 25 Mei 2009.

    Konsep yang difokuskan ialah membina semula perubahan hati, minda dan sikap (“heart set”, “mind set” & behaviour change) semua warga kerja PPAS. Ini dilakukan melalui bengkel-bengkel teambuilding dan Kursus Parenting.

    Antara inisiatif Kerajaan Negeri bagi mewujud dan menanamkan minat membaca di kalangan rakyat di Negeri Selangor ialah:

    • Pesta Buku Negeri Selangor 2011 yang telah bermula dari 24 Jun – 3 Julai 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam telah menerima sejumlah 328,530 pengujung Pesta Buku Negeri Selangor 2011.
    • Penjenamaan Semula bangunan perpustakaan yang lebih berkonsepkan “Library My Second Home” atau Perpustakaan Rumah Keduaku. Penyediaan infrastruktur perpustakaan yang lebih selesa akan menarik perhatian pengunjung bukan sahaja untuk meminjam bahan bacaan, tetapi untuk terus berada di perpustakaan untuk membaca. Kesemuanya dilengkapi koleksi buku yang bermutu dengan perabot moden yang selesa dan menarik, tandas dan ruang solat yang bersih, perkhidmatan  multimedia–wifi percuma dan kemudahan kafe yang bersesuaian. Antara bangunan baru perpustakaan yang telah mengikut konsep “rebranding” ini ialah Perpustakaan Pekan Semenyih (Februari 2010) Perpustakaan Komuniti Apartment Mawar, Bukit Beruntung (15 April 2010),Perpustakaan Komuniti Sri Manja, Petaling (18 Oktober 2010), Perpustakaan Komuniti Apartment Sri Perantau, Pelabuhan Klang (31 Mei 2011) dan Perpustakaan Pekan Ampang Waterfront(17 Oktober 2011).

    Perpustakaan lain yang sedang dalam proses penjenamaan dan pembinaan ialah: Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya (April 2012), Perpindahan bangunan baru Perpustakaan Cawangan Kajang (Jun 2012), pembinaan Perpustakaan baru Perpustakaan Kg Sg Udang, Klang (Disember 2012). iii) Kemudahan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

    Fokus seterusnya ialah berusaha menarik pengunjung remaja dari sekitar siber kafe, pusat hiburan, pusat membeli belah  ke perpustakaan, ialah dengan mengadakan perkhidmatan nilai tambah di bangunan baru Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, iaitu konsep edutainment (education + entertainment) – melalui Teater Mini 3D & Teater 6D, kemudahan gimnasium serta dewan serbaguna yang secara tidak secara langsung, perkhidmatan nilai tambah ini akan menimbulkan suasana minat membaca yang lebih mendalam kepada semua kategori pengunjung.

    1. Zon Kreatif dibangunkan untuk memudahkan penganjuran pelbagai aktiviti yang merangsang minda. Kemudahan pentas membolehkan kanak-kanak menyertai aktiviti yang dijalankan setiap hujung minggu dan musim cuti sekolah seperti pertandingan mewarna, bercerita, senam ria dan pertunjukan boneka.
    • Reading Tree: merupakan ruang berkonsep taman dalam perpustakaan untuk kanak-kanak membaca dalam suasana yang santai. Sebatang replica pokok besar dibina untuk menggamit kanak-kanak berehat dan membaca dibawahnya tanpa mengira apa jua cuaca di luar sana, dengan dikelilingi bahan bacaan di rak yang berwarna-warni
    • UBIQ Window: Aplikasi Ubiq Window menggunakan sensor yang mengesan pergerakan tangan untuk mengakses maklumat melalui ikon yang dipaparkan di skrin. Projek animasi pertama PPAS, Koleksi Animasi cerita asal-usul Daerah Sabak Bernam, yang ditayangkan di Ubiq Window, bukan sekadar koleksi cerita untuk memenuhi masa lapang kanak-kanak, tetapi turut memperkayakan pengetahuan mereka dengan sejarah tempatan.
    • Zon Interaktif yang berupaya membangkitkan mood ceria kanak-kanak, manakala permainan Nintendo Wii disediakan bagi meransang pemikiran yang strategik dalam permainan komputer, dengan caj minima RM 0.50 untuk setiap 15 minit. Pengguna boleh memilih permainan yang disukai seperti tenis, badminton, golf dan bowling.
    • On Location Reporter: Aplikasi membina keyakinan diri untuk pengucapan awam dengan gaya seorang wartawan melaporkan secara lintas langsung.
    • Zon Siber menyediakan 8 komputer peribadi berasaskan windows dan 8 buah iMAC. Perkhidmatan ini hanya mengenakan bayaran sebanyak RM 1.00 sahaja untuk penggunaan selama 1 jam bagi setiap komputer.
    • Ruang multimedia di setiap tingkat, terdapat 14 unit komputer disetiap tingkat yang terdiri daripada 5 komputer iMac dengan sistem operasi Snow Leopard OS X, dan 9 komputer berasaskan Windows 7, untuk pilihan pengguna di tingkat bawah hingga tingkat 4. Disini juga terdapat perkhidmatan WIFI percuma.
    • Teater 6D merupakan teater berteknologi 6D Motion Ride gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran, angin, visual 3D dan bunyi. Perkhidmatan Teater XD telah dibuka kepada orang ramai pada 22 Julai 2011. Terdapat 8 unit kerusi 6D, dan empat pilihan filem pendek iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine. Pihak PPAS telah mengenakan bayaran sebanyak RM10 untuk satu filem tersebut.
    1. Bilik Mini 3D yang berkapasiti 30 orang dan merupakan bilik khas untuktayangan filem yang berteknologi 3 dimensi, dilengkapi sofa dan kusyen empuk yang selesa bagi membangkitkan suasana seperti berada dirumah sendiri. Mini 3D ini dibuka kepada orang ramai pada 28 Disember 2011 dan dikenakan bayaran sebanyak RM 7 sahaja.
    2. Gimnasium: Berkonsepkan ‘Healhty Body, Healhty Mind‘ , PPAS telah mewujudkan gimnasium untuk pengguna perpustakaan . Gimnasium terletak Tingkat Bawah (Lower Ground), dan telah dibuka perkhidmatan kepada orang ramai secara percubaan dan percuma pada 3 November 2011. Pada 3 Disember 2011, Pihak PPAS telah mengenakan bayaran sebanyak RM 5 untuk sekali masuk.
    • Perpustakaan Raja Tun Uda turut dilengkapi beberapa dewan yang bolehdigunakan untuk majlis-majlis ilmu seperti seminar, bengkel dan ceramah iaitu:
    • Bilik Seminar berkapasiti 60 orang di Tingkat Bawah (Lower Ground)
    • Bilik Taklimat berkapasiti 30 orang di Tingkat Bawah
    • Bilik Seminar berkapasiti 36 orang di Tingkat 1
    • Bilik Latihan berkapasiti 28 orang di Tingkat 2
    • Auditorium berkapasiti 200 orang di tingkat 3
    • Dewan Serbaguna berkapasiti 150 orang di Tingkat 3
    • Bilik Seminar berkapasiti 100 orang di Tingkat 4
    • Bilik Mesyuarat Utama berkapasiti 40 orang di tingkat 4
    • Bilik Mesyuarat lain-lain yang berkapasiti 15 orang
    • Bilik Perbincangan berkapasiti 6-8 orang

    vii) Kafetaria dibina di luar bangunan perpustakaan ini, para pelanggan dapat menikmati suasana nyaman tasik yang tenang. Kafetaria ini menyediakan pelbagai pilihan makanan pada harga yang berpatutan dan dilengkapi dengan kemudahan wifi, perabot moden dan selesa.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan mengadakan sebarang bentuk program ÒroadshowÓ seperti program berbentuk ilmiah bagi menarik minat rakyat untuk membaca dan mendapatkan ilmu di perpustakaan?

    PPAS sentiasa merancang program-program yang melibatkan keseluruhan pusat- pusat perkhidmatan yang berjumlah 96 buah pusat di seluruh daerah negeri Selangor. Melalui Gerakan Membaca di setiap daerah, PPAS membuat jalinan kerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, NGO’S, contoh program yang berbentuk ilmiah, perpustakaan turut menyertai roadshow Generasi Idaman Selangor atau GEMS.

    Antara pengisian program ilmiah seperti : Bengkel Speed Reading, Kem Solat,

    Kuiz JKKK, bacaan pantas, Buku Bacaan saya, Motivasi UPSR/PMR/SPM, Pelancaran Buku Baru, dan lain-lain yang seumpamanya sering dijalankan saban tahun

  3. Nyatakan program-program yang telah serta akan dianjurkan dan berapa peratuskah keberjayaan sesebuah program tersebut?

    Antara program yang telah dianjurkan bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

    Tahun 2010

    Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana / Largest Outdoor Reading Event di

    Taman Tasik Shah Alam pada 26 Jun 2010 : (memecah rekod Malaysia Book of Records dengan sasaran awal sejumlah 5,000 orang pembaca, pencapaian sebenar : 15,271 pembaca.

    Pesta Buku Negeri Selangor yang berlangsung dari 25 Jun – 5 Julai 2010, di Kompleks PKNS Shah Alam telah menerima sejumlah 423, 315 pengunjung

    Bagi pelaksanaan program Gerakan Membaca/Kempen membaca serta galakguna perpustakaan  sepanjang tahun 2010 sejumlah 522 aktiviti telah dijalankan oleh seluruh perpustakaan daerah, cawangan, pekan, dan desa. Semua perkhidmatan perpustakaan telah melaksanakan program galakguna perpustakaan walaupun di  dalam skala kecil dan minima.

    Tahun 2011

    Hari Ilmu Negeri Selangor pada 26 Jun 2011: pengisian – Perhimpunan dan Konvensyen Penulis-penulis Malaysia, sejumlah 300 penulis berdaftar dan walk in hadir. Program yang membina ransangan menulis ini menjemput penulis buku, jurnal, majalah, novel, kolumnis, penulis blog, profesional dan amatur.

    Program 15 Minutes Reading Break, satu inisiatif baru perpustakaan untuk terus membina ransangan membaca rakyat Selangor menjadikan waktu yang telah ditetapkan dari 10.45 – 11.00 pagi pada 26 Jun, sebagai waktu yang sangat bernilai. Dilaksanakan diseluruh daerah negeri Selangor dengan kejayaan mengumpul lebih dari 100 keahlian baru perpustakaan bagi setiap daerah.

    Pesta Buku Negeri Selangor 2011 yang telah bermula dari 24 Jun – 3 Julai 2011 di Pusat Konvensyen Shah Alam telah menerima sejumlah 353,035 pengujung Pesta Buku Negeri Selangor 2011.

    IMPAK PESTA BUKU NEGERI SELANGOR

    TAHUN   PENGUNJUNG   LOKASI
    2006 50,000 PKNS, Shah Alam
    2007 93,000 PKNS, Shah Alam
    2008 262,370 PKNS, Shah Alam
    2009 390,961 PKNS, Shah Alam
    2010 423,315 PKNS, Shah Alam
    2011 353,035 SACC, Shah Alam

    Bagi pelaksanaan program Gerakan Membaca /Kempen membaca serta galakguna perpustakaan dari Januari – Disember 2011 sejumlah 822 aktiviti telah dijalankan oleh seluruh perpustakaan daerah, cawangan, pekan, dan dan desa.

    Pertandingan Bercerita Rakyat : Cerita Rakyat peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 3 Nov 2011 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Penyertaan seramai 24 peserta daripada semua daerah di Negeri Selangor.

    Pada 9 Disember 2011 pula diadakan pertandingan di peringkat Kebangsaan – Wakil daripada Negeri Selangor memperolehi tempat ketiga bagi tahap 2 Sekolah Rendah.

    IMPAK PROGRAM & STATISTIK BERKAITAN

    TAHUN   AKTIVITI   KEAHLIAN   BAHAN   PENGUNJUNG   PENGGUNA
      SKALA BARU DIPINJAM   ICT
    KECIL      
    2010 522 48,385 854,870 857,233 106,591
    2011 822 44,711 684,805 859,187 104,533

     Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam telah ditutup perkhidmatan daripada bulan Januari 2011 hingga 21 Julai 2011 dan dibuka semula perkhidmatan kepada orang ramai pada 22 Julai 2011 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

    PPAS akan meneruskan Hari Ilmu Negeri Selangor, Pesta Buku Negeri Selangor

    2012, Gerakan Membaca di peringkat daerah dan negeri serta 15 Minutes Reading Break, Seminar / bengkel motivasi pelajar, Pendidikan Pengguna serta pelbagai program galakguna perpustakaan yang melibatkan peringkat cawangan, pekan dan desa diseluruh daerah negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.