Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
79) MIMBAR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selepas PRU-13 yang lalu dan sehingga pada ketika ini, berapa ramaikah penerima baru yang telah menerima manfaat?
MiMBAR Selangor kini memberi keutamaan dalam mencari peserta yang berpotensi dalam perniagaannya. Hasil daripada pemilihan sebegini diharapkan akan menunjukkan hasil yang praktikal (“result oriented”) dan mencapai misi MiMBAR Selangor iaitu sebagai peneraju mikrokredit yang mampu membawa kehidupan peniaga kecil di Selangor ke arah kehidupan yang lebih baik dan perniagaan yang berkembang.
Justeru itu, selepas PRU13 yang lalu permohonan baru dan pembiayaan tetap diteruskan. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama keutamaan diberikan kepada aktiviti berikut:
- pinjaman Bantuan Niaga dan Bantuan Kerja adalah pembiayaan yang diutamakan untuk mendidik peserta berdikari bagi menjana pendapatan.
- latihan dan pembangunan peserta turut menjadi fokus utama MiMBAR Selangor selepas PRU13 dalam membantu dan membentuk peniaga kecil di Selangor ini bagi terus berpengetahuan dalam pengendalian perniagaan yang baik, berwawasan untuk mengembangkan perniagaan dan taraf kehidupannya, serta mampu menjadi mentor kepada usahawan kecil yang lain di Selangor ini.
Berikut turut disertakan senarai pembiayaan peserta dari tahun 2011 hingga 2014:
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan menyambung semula skim MIMBAR?
Kerajaan negeri tidak pernah menghentikan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor sejak dari Mac 2011 yang lalu. Permohonan baru dan pembiayaan tetap diteruskan. Pada masa yang sama pinjaman Bantuan Niaga dan Bantuan Kerja adalah pembiayaan yang diutamakan untuk mendidik peserta berdikari bagi menjana pendapatan.
Di samping itu pada tahun 2013, MiMBAR Selangor lebih menumpukan kepada penilaian gerak kerja seperti berikut:
- penambahbaikan operasi kutipan bayaran balik
- penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) permohonan baru dan pembiayaan
- menganalisis syarat-syarat permohonan baru
MiMBAR Selangor juga masih meneruskan aktiviti pembangunan pesertanya melalui latihan dan kursus-kursus yang berbentuk:
- kemahiran perniagaan dan kewangan
- perkongsian ilmu dan pengalaman peningkatan tahap perniagaan teori perniagaan dan pemasaran