Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

168) MIGRASI METER AIR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan Skim PERMAI ÒPenyelesaian Migrasi Meter Air IndividuÓ?

    Task Force PERMAI telah ditubuhkan pada bulan Jun 2012 di antara Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) bersama Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Mesyuarat ini diadakan secara berjadual supaya pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) mendapat khidmat nasihat secara terus dan tepat daripada SYABAS berkenaan mekanisma pelaksanaan migrasi meter air individu khususnya bagi Pangsapuri Bukan Kos Rendah (Kod 17).  Ini adalah kerana, skim terbabit perlu melaksanakan migrasi meter air individu bagi mendapatkan rebet air percuma secara automatik. Setakat bulan Mac 2014 sejumlah 201 kawasan pangsapuri terlibat dalam rundingan Skim PERMAI.

  2. Apakah isu dan masalah yang timbul dan penyelesaiannya?

    Isu dan masalah utama yang dikenalpasti dan kaedah penyelesaiannya:

    BIL. ISU/MASALAH KAEDAH PENYELESAIAN
    1. Borang persetujuan tidak memenuhi kuota 80% yang ditetapkan SYABAS Kerajaan Negeri telah menetapkan kepada SYABAS untuk menurunkan kouta daripada 100% kepada 50% (berdasarkan unit diduduki).

    Pihak SYABAS walaubagaimanapun telah memohon agar perkaraperkata diambil tindakan:

    i. Pangsapuri di bawah PKNS

    PKNS perlu membuka akaun bekalan air meter individu bagi baki unit yang tidak bersetuju untuk

    menyertai proses migrasi di atas nama “PKNS” dan pihak PKNS bertanggungjawab ke atas akaunakaun tersebut;

    ii.      Pangsapuri di bawah JMB

    Kerajaan Negeri memberi jaminan untuk menjelaskan sebarang tunggakan bila air akaun bekalan air meter pukal yang gagal di bayar oleh JMB berkenaan untuk mengelakkan pemotongan bekalan air pada meter pukal.

    Kerajaan Negeri tidak bersetuju akan syor-syor SYABAS kerana pihak berkenaan sebuah syarikat yang berkeuntungan dan bukan badan kebajikan. Oleh itu,  SYABAS sewajarnya menetapkan proses kerja ke arah tindakan penyelesaian.

    2. Tunggakan bil air meter pukal Kaedah disyorkan oleh LPHS dan dilaksanakan oleh SYABAS:

    i. Kontra deposit dengan tunggakan sediaada ii-Ansuran bulanan oleh JMB @ penduduk

    Terdapat 1 kes tunggakan air di Pangsapuri Ruvena Villa yang mencecah RM 763,000.00 disebabkan oleh kebocoran paip dalaman. Kaedah penyelesaiannya melalui bantuan Skim CERIA seperti mekanisma berikut: i-40% Penduduk ii-30% Kerajaan Negeri iii-30% Pemaju

    3. Keperluan teknikal belum

    mendapat kelulusan

    SYABAS

    Kelonggaran syarat teknikal yang ditetapkan SYABAS dengan perakuan akujanji daripada Pihak Pengurusan Bangunan sama ada pemaju, JMB atau MC.

    Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) 2014 memperuntukkan pemilik petak hendaklah memohon migrasi meter air individu kepada SYABAS dalam tempoh 6 bulan bermula 1 Februari 2014.

    Sekiranya gagal akan dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000.00.

  3. Nyatakan statistik penyelesaian meter individu hasil skim ini?

    Setakat Mac 2014 sejumlah 201 kawasan pangsapuri terlibat dalam rundingan. Daripada data tersebut, statistik penyelesaian meter individu seperti berikut:

    PERKARA BIL.KAWASAN
    2012 2013 2014
    Aktif

    Migrasi

    0 39 5

Lampiran

Tiada Lampiran.