Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

128) MEWUJUDKAN MESIN BAYAR ZAKAT (BERAS)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dengan kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah ratusan juta ringgit setiap tahun, bolehkah LZS mewujudkan mesin bayar zakat (beras) di masjid As Salam dan Masjid Saidina Ali sepertimana MAIWP lakukan di Masjid Al Ikram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur?

    Secara umumnya, pada masa ini LZS mempunyai dua kaedah pengagihan makanan bulanan kepada asnaf Fakir dan Miskin yang berdaftar di LZS iaitu melalui:

    • Penghantaran terus ke rumah/ lokasi asnaf fakir dan miskin melalui syarikat pembekal iaitu TERAS Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
    • Perkhidmatan secara tebusan menggunakan MyKad bagi penerima bantuan makanan bulanan di pasaraya terpilih seperti Giant, The Store, Mydin dan sebagainya.

    Oleh yang demikian, buat masa ini tiada keperluan untuk mewujudkan mesin ATM beras.  Namun pihak LZS akan mempertimbangkan cadangan keperluan tersebut pada masa akan datang.

Lampiran

Tiada Lampiran.