Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
178) MEWUJUDKAN MEDAN SELERA SUNGAI BULOH (BERHAMPIRAN SHELL BBSB DI FT 54)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bolehkah MBSA menjadikan kawasan kedai makan besi sebagai Medan Selera Sungai Buloh dengan menaikkan taraf yang sesuai?
Majlis Bandaraya Shah Alam belum mempunyai perancangan untuk menaiktaraf Medan Selera Sungai Buloh buat masa ini. Sejak penyerahan pengurusan gerai oleh pihak Kerajaan Negeri kepada Majlis pada tahun 2009, Majlis telah membuat beberapa pembaikan di kawasan tersebut seperti pemasangan lampu jalan di sekitar gerai, menaiktaraf longkang bagi mengatasi masalah banjir dan penanaman pokok di kawasan tempat letak kereta gerai
Untuk makluman, Medan Selera Sungai Buloh mempunyai 21 lot gerai bagi jenis jualan makanan, minuman dan runcit. Kadar bayaran sewa yang dikenakan kepada penyewa sejak pengambilalihan dan sehingga kini adalah sebanyak RM50.00 sebulan bagi setiap unit gerai.
-
Bolehkah MBSA mewujudkan lampu limpah dan Pintu Gerbang Medan Selera Sungai Buloh berserta papan tanda jalan yang menunjukkan medan selera berkenaan?
Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan lampu jalan di kawasan gerai tersebut dan Majlis boleh menyediakan lampu `spotlight’ bagi menerangkan lagi kawasan gerai. Manakala bagi papan tanda yang menunjukkan Medan Selera berkenaan, Majlis telahpun memasang papan tanda Gerai tersebut di kawasan berhampiran Gerai. Walaupun begitu, Majlis boleh mempertimbangkan penggantian papan tanda Gerai ke saiz yang lebih
Berkaitan Pintu Gerbang Medan Selera, Majlis merasakan ianya tidak sesuai dipasang dan mencadangkan pemasangan lampu neon bagi menceriakan kawasan tersebut pada waktu malam.
MEDAN SELERA MAJLIS SEKSYEN U19 (SEBELAH SHELL)