Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

113) MEWUJUDKAN AMBULAN KOMUNITI KE FASILITI KESIHATAN KEPADA GOLONGAN SASAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Disebabkan utara Selangor ini tergolong kawasan menua, bolehkah diwujudkan ambulan komuniti seperti yang wujud pada bomba / polis komuniti bagi menjimatkan kos pengangkutan ke fasiliti kesihatan kepada golongan sasar?

    Cadangan untuk mewujudkan ambulans komuniti di kawasan utara Selangor adalah langkah yang wajar untuk dipertimbangkan memandangkan kawasan ini mempunyai populasi menua yang semakin meningkat. Diakui kebanyakan warga emas dan mereka yang memerlukan rawatan segera menghadapi cabaran pengangkutan ke fasiliti kesihatan. Setakat ini, perkhidmatan ambulans utama di kawasan utara Selangor disediakan oleh Hospital Tanjong Karang, Hospital Tengku Ampuan Jemaah dan klinik – klinik kesihatan di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Manakala ambulans agensi lain yang turut membantu adalah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Manakala setakat ini yang dikenal pasti ambulans komuniti yang diwujudkan oleh NGO di kawasan utara Selangor adalah SRA Ambulance Services dengan kemampuan 2 unit ambulans.

    Dengan adanya perkhidamtan ambulans komuniti ini akan menghasilkan faedah seperti berikut:

    1. Dapat mengurangkan tekanan pada perkhidmatan ambulans utama yang sedia ada dan akan membolehkan mereka menumpukan perhatian pada kes-kes kecemasan yang lebih serius.
    2. Penduduk di kawasan pendalaman atau yang lebih jauh dari hospital utama dapat memperolehi akses yang lebih mudah dan cepat ke fasiliti kesihatan.

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang dalam pertimbangan untuk menyediakan perkhidmatan ambulans di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor sebagai kemudahan kepada rakyat di setiap PBT.

    Kerajaan negeri juga menerusi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor mengalu-alukan sekiranya terdapat NGO yang ingin mewujudkan perkhidmatan ambulans komuniti kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, di dalam penyediaan ambulans komuniti ini, antara faktor yang perlu diberi perhatian adalah pihak NGO penyedia ambulans dan kompentasi petugas ambulans yang terlatih dan berdaftar dengan lembaga profesion yang berkaitan.

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, ketika ini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ada menyediakan perkhidmatan ambulans bagi kes-kes kecemasan melalui panggilan ke Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (MECC) untuk memudahkan penduduk di sekitar negeri Selangor mendapatkan perkhidmatan ambulans.

    Walau bagaimanapun, polisi bagi mewujudkan ambulan komuniti yang bertujuan untuk menjimatkan kos pengangkutan ke fasiliti kesihatan kepada golongan sasar masih belum tersedia untuk dirujuk dan digunapakai.

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, ketika ini Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ada menyediakan perkhidmatan ambulans bagi kes-kes kecemasan melalui panggilan ke Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (MECC) untuk memudahkan penduduk di sekitar negeri Selangor mendapatkan perkhidmatan ambulans.

    Walau bagaimanapun, polisi bagi mewujudkan ambulan komuniti yang bertujuan untuk menjimatkan kos pengangkutan ke fasiliti kesihatan kepada golongan sasar masih belum tersedia untuk dirujuk dan digunapakai.

Lampiran

Tiada Lampiran.