Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

263) MEWARTAKAN REZAB KUBUR KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG SG BULOH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status proses mewartakan kawasan kubur di Kampung tersebut?

    a), b)

    Status Pewartaan kawasan kubur di Kampung Bahagia, Bukit Lagong Sungai Buloh adalah masih dalam proses pewartaan di mana sedang menunggu pelan pra hitungan daripada pihak pemohon. Pentadbiran ini telah memohon pihak Jabatan Agama Islam Selangor untuk mengemukakan pelan tersebut kerana keputusan MMK.No.24/12/2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 13/2014 pada 2 April 2014 memaklumkan bahawa terdapat rentis dan tiang TNB merentasi tapak yang dipohon. Walau bagaimanapun , ulasan TNB tiada halangan ke atas permohonan ini dengan syarat kawasan yang termasuk rentis TNB seluas 1.408 hektar perlu dikosongkan bagi memudahkan kerja- kerja penyelenggaraan dilakukan.

     

  2. Apakah tindakan yang telah diambil bagi membanteras pencerobohan pendatang asing tanpa izin di kawasan tersebut?

Lampiran

Tiada Lampiran.