Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

4) METROPOLIS KESIHATAN UNIVERSITI MALAYA

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkara-perkara yang bakal dipertimbangkan oleh kerajaan dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang Projek Metropolis Kesihatan Universiti Malaya di Seksyen 12, Petaling Jaya?

    Majlis akan melihat kepada kepentingan dan faedah terutamanya kepada penduduk Petaling Jaya khasnya, Negeri Selangor dan juga Malaysia amnya. Majlis diberi maklum bahawa projek ini akan memberi faedah-faedah dari aspek pertambahan kemudahan kesihatan dan perubatan yang pada masa ini tidak lagi dapat menampung permintaan, dari segi lokasi yang strategik dan menawarkan kos perubatan yang lebih murah. Projek ini juga bertujuan untuk perkembangan ilmu dalam sektor kedoktoran serta mewujudkan peluang- peluang pekerjaan.

    Bagi memastikan projek ini tidak menjejaskan aspek lalulintas dan lain-lain. Perkara-perkara yang diberi perhatian adalah seperti usaha-usaha untuk memperbaiki tahap kemudahan infrastruktur dan lalulintas sedia ada, kemudahan tambahan ke arah meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengenal pasti tahap keketaraan impak-impak sosial bagi meminimumkan impak negatif, pemantauan serta mengenal pasti peluang bagi meningkatkan faedah kepada masyarakat yang terjejas.

  2. Adakah pemilik projek ini telah mengemukakan semua dokumen yang telah diperlukan untuk tujuan daripada kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan adakah ianya memenuhi kehendak kerajaan?

    Majlis telah memaklumkan pemohon berhubung maklumat yang diperlukan bagi membolehkan permohonan ini diproses dan kini sedang dalam tindakan pemohonan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.