Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

5) METER INDIVIDU

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pengguna meter air individu di Selangor ketika ini?

    Sehingga 31 Mei 2012, jumlah pengguna meter air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah seperti berikut:-

    Jenis Akaun Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Jumlah
    Individu 1,287,638 223,143 23,539 1,534,320
    Akaun pukal, kondominium

    &           Rumah

    pangsa

    1,199 1,038 12 2,249
    Akaun

    Perdagangan

    211,201 58,069 799 270,069
    Akaun         lain

    (Kerajaan,

    Rumah Ibadat

    & Kebajikan)

    10,164 2,615 571 13,352
    Jumlah 1,510,202 284,865 24,923 1,819,990
  2. Apakah syarat dan kemudahan untuk pengguna meter pukal berpindah ke penggunaan meter individu?

    Program Migrasi dari meter pukal ke meter individu adalah proses yang memperuntukkan pengebilan bil-bil air terus dari pihak SYABAS kepada pemilik-pemilik unit individu pangsapuri dan kondominium yang mana pada ketika ini pemilik-pemilik ini dicaj menggunakan meter pukal yang didaftarkan di bawah nama Syarikat Pengurusan, Perbadanan Pengurusan, Persatuan Penduduk atau pihak-pihak lain yang berkaitan. Tujuan Program Migrasi ini adalah untuk menyelaraskan kadar tarif air bagi pengguna-pengguna di bawah pangsapuri dan kondominium sama seperti kadar tarif air domestik bagi kediaman biasa.

    ‘Pada masa ini, migrasi meter tidak diwajibkan dan perlu dipohon oleh pemilik-pemilik unit individu. Pada dasarnya, permohonan migrasi hanya akan diterima dengan adanya persetujuan daripada pihak pengurusan dan juga permohonan dikemukakan oleh semua pemilik unit disertakan bersama dengan pembayaran deposit baru bagi semua akaun individu yang dipohon termasuk penyelesaian segala tunggakan ke atas akaun meter pukal dan pengecualian diberikan untuk keadaan-keadaan berikut :-

    1. Pemilik berada di luar negara;
    2. Pemilik telah meninggal dunia atau menukar hak milik premis’
    3. Pemilik terbabit sedang dalam proses lelongan atau tidak dijual: dan
    4. Premis adalah kosong atau apa-apa keadaan yang mana dapat dipertimbangkan oleh Pembekal Air.
  3. Adakah kerajaan negeri bersedia untuk menampung kenaikan kos bagi tujuan ini?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor turut membayar tuntutan air percuma 20 meter padu di bawah sistem kupon untuk penghuni kediaman bertingkat.

Lampiran

Tiada Lampiran.