Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
55) MESYUARAT UNTUK PELANTIKAN PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA MASJID DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jabatan Agama Islam Selangor telah memperkenalkan sistem ÔpilihanÕ bagi jawatan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2009-2012 untuk semua masjid di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun sebagai pra-syarat pemilihan, ahliahli Kariah sesebuah masjid wajib mengisi ÕBorang Kehadiran Anak Kariah' untuk membolehkan mereka hadir ke Mesyuarat berkenaan. Ini telah menimbulkan kesulitan dan kemarahan di kalangan ahli-ahli Kariah setempat, terutama sekali kariah kawasan luar bandar. Mengapakah prosedur mengisi Borang ini diperkenalkan walaupun ia bercanggah dengan SEKSYEN 2 TAFSIRAN (1), ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 yang memperuntukkan bahawa ÒÉ.Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lainÑÒahli kariahÓ ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjidÉÓ,
Dalam perkara ini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ini hendaklah dibaca bersama Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatankusa Kariah (Negeri Selangor)(Pindaan) 2001 pada perkara 19(1)(h) iaitu; Setiausaha sesuatu masjid hendaklah ; “membanci dan mendaftarkan semua orang Islam yang bermastautin atau barmukim dalam kariah masjid itu”. Pendaftaran anak kariah ini akan memudahkan proses pencalonan pegawai dan jawatankuasa masjid.
Borang Keahlian Anak Kariah diwujudkan bagi mendaftarkan anak kariah masjid dan surau berdasarkan kepada Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid Dan Jawatankusa Kariah (Negeri Selangor)(Pindaan) 2001. Bagi memudahkan proses Mesyuarat Agong Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid, Borang Keahlian yang telah disahkan dimasukkan ke dalam Buku Daftar Anak Kariah. Setiap anak kariah yang berdaftar berhak untuk menjadi pengundi dan dicalon dalam pencalonan tersebut. Proses ini bagi memastikan status anak kariah masjid-masjid supaya mengganggu proses pencalonan yang dijalankan. Mekanisme yang dilaksanakan ini telah berjalan dengan baik dan diterima oleh semua masjid di Negeri Selangor
-
Mengapakah ahli Kariah yang mengetahui mengenai Mesyuarat berkenaan tetapi tidak sempat mengisi Borang telah dihalang daripada menghadiri Mesyuarat berkenaan dan mengapakah sebaliknya, mereka yang tinggal jauh dan bukan ahli Kariah sesuatu masjid tetapi telah mengisi Borang tersebut walaupun bercanggah dengan maksud Òahli kariahÓ seperti yang diperuntukkan oleh SEKSYEN 2 TAFSIRAN (1) ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 tersebut dibenarkan menghadiri Mesyuarat berkenaan
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 19 Februari 2009 telah menolak soalan ini.
-
Mengapakah Pihak Berkuasa Negeri memperkenalkan peraturan tersebut yang bercanggahan dengan ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 dan titah perintah dan kehendak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan serta menggunakan Masjid sebagai tempat berpolitik.
Sama seperti di SUB(b)