Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
304) MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bila tarikh terakhir Mesyuarat Lembaga Pengarah UNISEL yang dipengerusikan oleh Dato' Menteri Besar dan nyatakan kekerapan bilangan mesyuarat ini untuk tahun 2022 dan 2023?
Mesyuarat Lembaga Pengarah UNISEL kali terakhir diadakan pada tahun 2022, bertarikh 6 Disember 2022, Bilangan 2/2022.
Tahun 2022
1) Bil.1/2022 bertarikh 11 Ogos 2022
2) Bil.2/2022 bertarikh 6 Disember 2022
Tahun 2023
Mesyuarat Lembaga Pengarah yang dijadualkan pada tahun 2023 tidak dapat diadakan.