Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
36) MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua wakil syarikat pemaju yang telah hadir untuk mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri dalam 3 tahun yang lepas. Sila juga butirkan tarikh mesyuarat dan tajuk perkara yang melibatkan pemaju tersebut.
Adalah menjadi dasar Kerajaan Negeri Selangor bahawa tidak dijemput wakil syarikat atau pemaju di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor (JPNS) . Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat isu-isu yang memerlukan penjelasan/pembentangan dengan syarikat/pemaju berkaitan, ianya akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatakuasa Kerja (Mesyuarat Pra-JPNS) yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Iskandar bin Abdul Samad atau Pengarah PLANMalaysia@Selangor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor).