Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

97) MESRA USIA EMAS

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program kebajikan Skim Mesra Usia Emas (MUE) ternyata mendapat sambutan. Bilakah fasa kedua MUE akan dilaksanakan?

    Kertas cadangan untuk Fasa Kedua Skim Mesra Usia Emas telah pun disiapkan dan
    akan dibentangkan bagi mendapat persetujuan dan kelulusan Majlis Mesyuarat
    Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan pada awal tahun 2010.

  2. Apakah kelebihan dan manfaat Fasa II MUE kepada warga emas di Selangor?

    Kad keahlian pelbagai guna akan diberikan kepada semua warga emas dan OKU
    yang berdaftar bagi memudahkan penyaluran manafaat kepada hanya mereka yang
    layak dan pemantauan dapat dilakukan dengan berkesan.
    Dalam Fasa Kedua ini antara cadangan lain yang akan ditawarkan adalah:
    1) Manafaat kesihatan.
    2) Pemakanan
    3) Diskaun tertentu.
    4) Kad keahlian
    Walau bagaimanapun, perlaksanaannya bergantung kepada kelulusan Majlis
    Mesyuarat Kerajaan Negeri setelah dibentangkan nanti.

Lampiran

Tiada Lampiran.