Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

17) MESRA ALAM SEKITAR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan berkonsepkan Mesra Alam Sekitar? Apakah usaha-usaha yang dijalankan bagi memberi kesedaran dan pendidikan berkaitannya?

    Baru-baru ini Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Hijau di Negeri Selangor yang bertujuan merangka dan memantau perancangan pembangunan hijau di seluruh Negeri Selangor. Antara rangka perancangan yang menjadi fokus bagi pembangunan berkonsepkan Mesra Alam Sekitar adalah :-

    • Mensyaratkan pematuhan dalam setiap kelulusan Pelan Pembangunan dan reka bentuk bangunan baru melalui amalan bangunan hijau serta menggalakkan bangunan kerajaan yang baru dibina mendapat penarafan bangunan hijau.
    • Pelaksanaan Retrofitting bangunan sedia ada dengan elemen pembinaan bangunan hijau dengan menyediakan peruntukan kewangan bagi membiayai projek menghijaukan bangunan kerajaan negeri dan PBT sedia ada.
    • Amalan kecekapan tenaga (energy efficiency) di bangunan-bangunan baru.

    Kerajaan Negeri secara terus menerus memberikan kesedaran kepada semua golongan masyarakat melalui kempen-kempen yang dijalankan dalam usaha menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam amalan pembangunan hijau.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.