Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

65) MERUJUK SESI DEWAN YANG LEPAS, PIHAK PPAS TELAH BERJANJI UNTUK MENGANGKAT SEMULA KERJA KE MTES BAGI MEMOHON MEMBINA PERPUSTAKAAN DI TAPAK ASAL DI BANDAR BARU SALAK TINGGI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah peruntukan mencukupi telah disediakan sebanyak RM36 juta?

    a, b) dan c)

     

    RINGKASAN JAWAPAN:

     

    Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor sedang menyemak semula keperluan kos bagi membina baru Perpustakaan Daerah Sepang di atas tanah yang berkeluasan 7 ekar sebagaimana yang telah diperuntukan.

     

    Semakan semula kos perlu dilakukan kerana peruntukan asal berjumlah RM 6 juta di dalam RMKe 11 adalah tidak mencukupi.

     

    Sehubungan itu, sebagai satu usaha perbelanjaan berhemah dan meminumkan kos, pihak PPAS dan arkitek sedang membuat semakan semula dan memperhalusi dari aspek reka bentuk dalaman, ruang pengguna, ruang pejabat, infra dan keperluan lain dengan menstruktur semula keluasan dari 60,000 kaki/ persegi kepada 40,000 kaki/persegi.

     

    Sebagai inisiatif, masyarakat boleh mengunjungi tujuh (7) perpustakaan sedia ada iaitu :

     

    1. Perpustakaan Pekan Sungai Pelek
    2. Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab

     

    1. Perpustakaan Desa Jenderam Hilir
    2. Perpustakaan Desa Bukit Bangkong
    3. Perpustakaan Desa Bagan
    4. Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali
    5. Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh

     

    Selain itu juga; #SmartSelangor Mobile Library – Selangor B.E.S.T (Bring Excellence Into Society) juga mengadakan perkhidmatan di Daerah Sepang iaitu ke Sekolah Rendah Bandar Baru Salak Tinggi, Sekolah Kota Warisan, Sekolah Kebangsaan Sg Pelek, Kampung Pulau  Meranti, Bandar Baru Salak Tinggi Zon Selatan serta juga memenuhi jemputan program dan aktitiviti contohnya Pesta Pantai Bagan  Lalang  dari  9 hingga 10 September 2017 anjuran Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama Tourism Selangor.

     

    JAWAPAN TERPERINCI

     

    PERINCIAN STATUS & MAKLUMAT TAMBAHAN PERPUSTAKAAN DAERAH SEPANG

     

    • Status projek pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang memerlukan semakan semula disebabkan 4 lot kedai berkeluasan 25,696 kaki persegi yang dicadangkan tidak bersesuaian sebagaimana Laporan Teknikal JKR ketika lawatan tapak pada 9 September 2016. Di antara isu yang dibangkitkan ialah:

     

    • Bebanan dan reka bentuk tidak bersesuaian untuk tujuan perpustakaan

     

    • Tiada ruang untuk sub station TNB dan memerlukan kerja pecah bagi pemasangan kabel elektrik, ICT dan telefon

     

    • Ketiadaan ruang yang bersesuaian bagi keperluan bomba seperti hose reel dan pam air

     

    • Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang kurang optimum dan kipas siling tidak boleh

     

    2.0 Rancangan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang merupakan projek bina baru di tapak yang telah diberi milikan oleh Pejabat Tanah & Daerah Sepang PT:4136 dan H.S.(D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar.

     

    Lot Area Total
     

    19

    –  1,474 sq.ft (ground floor)

    –  1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    21

     

    –  1,474 sq.ft (ground floor)

    –  1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    23

     

    –  1,474 sq.ft (ground floor)

    –  1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

     

    25

     

    –  1,474 sq.ft (ground floor)

    –  1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)

     

    6,424 sq.ft/lot

    Jumlah 25,696 sq.ft

     

         
         
         
         
         
       

     

    3.0 Lokasi kawasan ini amat strategik dan dikelilingi bangunan mahkamah, sekolah menengah, pangsapuri, perumahan dan rumah kedai.

     

    4.0 Selain permintaan bagi mewujudkan  perpustakaan  yang  amat  tinggi, Daerah Sepang juga telah menunjukkan pembangunan yang pesat dengan keluasan 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 500,000 orang, pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah memerlukan sebuah perpustakaan yang lebih selesa dan sempurna kepada masyarakat.

     

    5.0 Berikut adalah urutan kes  pewujudan  Perpustakaan  Daerah Sepang:-

     

     

    Bil.

     

    Perkara

     

    Catatan

     

    1.

     

    Tapak               Perpustakaan Daerah Sepang

     

    Pejabat Tanah & Daerah Sepang telah meluluskan pemberimilikan tanah PT:4136 dan H.S.(D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar untuk tujuan

    pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang.

     

    2.

     

    RMKe11 (2016-2020)

     

    PPAS telah mengemukakan kertas kerja bagi pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang dengan kos RM 36 juta.

     

    3.

     

    Peruntukan Pembangunan 2016

     

    PPAS telah diperuntukan RM 6 juta bagi Perpustakaan Daerah Sepang dengan cadangan pembelian lot-lot kedai di Bandar Baru Salak Tinggi

     

    4.

     

    Lot Kedai Bandar Baru Salak Tinggi

     

    Dengan peruntukan yang diterima berjumlah RM 3.5 juta bagi tahun 2016. PPAS telah membuat tindakan bagi pembelian lot- lot kedai sebagaimana berikut:

     

     

    5.

     

    Status        pembelian                  lot kedai

     

    Dokumen perjanjian pembelian (sale & purchase agreement) diantara PPAS dan PNSB pada peringkat akhir dan sedia dimuktamadkan untuk ditandatangani bagi pembelian lot-lot kedai iaitu 4 lot rumah kedai 4 tingkat di Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang dengan harga hampir RM 3 juta.

     

    6.

     

    Lawatan tapak

     

    PPAS,UPEN dan JKR telah membuat lawatan tapak pada 9 September 2016 melibatkan aspek-aspek seperti berikut:

    Ø  JKR Sepang – kerja-kerja struktur

    Ø  JKR Selangor – kerja-kerja elektrikal & mekanikal

     

    7.

     

    Ulasan Teknikal JKR

     

    Ringkasan ulasan JKR adalah seperti berikut:

     

    Agensi                                             Ulasan

    JKR Sepang                Ø   Bangunan        sedia      ada       berbentuk (teknikal)                         rumah kedai dan dikhuatiri bebanan dan rekabentuk bagi perpustakaan

    adalah tinggi berbanding struktur asal bangunan.

    JKR Selangor              Ø Sub-station TNB perlu disediakan, (elektrik                         &            namun tiada ruang yang bersesuian. mekanikal)                Ø Pemecahan lantai bagi laluan kabel

    elektrik, ICT dan telefon

    Ø  Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang tidak optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.

     

    8.

     

    Ulasan JKR Negeri

     

    JKR Selangor melalui keputusan Mesyuarat Penyelarasan Bil. 2/2016 pada 20 September 2016 telah memberi ulasan teknikal struktur, mekanikal dan elektrikal dan ringkasan adalah seperti berikut:

    Perkara                                             Ulasan

    Sistem                      Tiada lokasi bersesuaian untuk Pencegahan menempatkan tangki air hose reel & pam Kebakaran)             hose reel

    Sistem                      Hanya sistem VRF yang bersesuaian, Penyaman                                namun  ruang  sisling  terhad   untuk  Udara                                fabricating ducted & tiada ruang AHU

     

    9.

     

    Garis Panduan PNM

     

    Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia:

    BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN
    MPS KPS
    1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000

     

       
       
       

     

       
       
       

     

     

          2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000  
    3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000
    4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Bangunan) 1,394 15,000
    Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Rumah Kedai) 139-465 1,500 – 5,000
    Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Pusat Beli Belah) 112-139 1,204 -1,500
    5. Perpustakaan Desa A 139 1,500
    Perpustakaan Desa B 121 1,300
    Perpustakaan Desa C 93 1,000
     
     

    10.

     

    Maklumat Umum

     

    1.  Daerah Sepang adalah satu-satunya daerah di Negeri Selangor yang tidak mempunyai Perpustakaan Daerah

     

    2.  Keluasan Daerah Sepang adalah 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 600,000 orang, pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah.

     

    3.  Berikut adalah perpustakaan yang terdapat di Daerah Sepang:

     

    1.        Perpustakaan Pekan Sungai Pelek

    2.        Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab

    3.        Perpustakaan Desa Jenderam Hilir

    4.        Perpustakaan Desa Bukit Bangkong

    5.        Perpustakaan Desa Bagan Lalang.

    6.        Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali

    7.        Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh

  2. Jika ya, bilakah projek ini akan dimulakan? Dan sebaliknya, mengapakah projek ini tidak mendapat perhatian yang serius daripada Kerajaan Negeri?

  3. Apakah inisiatif lain yang sesuai untuk memastikan Daerah Sepang mempunyai perpustakaannya sendiri?

Lampiran

Tiada Lampiran.