Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
189) MERAKYATKAN PERTANIAN LUAR BANDAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk merakyatkan pertanian sebagai salah satu cabang program merakyatkan ekonomi Selangor?
Sektor pertanian adalah merupakan sektor yang penting khususnya bagi memastikan bekalan makanan atau food security sentiasa berada pada tahap yang terbaik dan di dalam masa yang sama ianya juga adalah boleh dijadikan sebagai sumber ekonomi utama golongan petani, penternak dan nelayan.
Bagi memastikan perkara tersebut mencapai objektif, beberapa program berkaitan telahpun dilaksanakan bermula dengan memperkasakan agropreneur sedia ada melalui program pemberian insentif berbentuk peralatan dan input-input pertanian, penyampaian maklumat dan juga latihan, program-program kesedaran (awareness) bagi menarik minat golongan-golongan muda untuk menceburi sektor pertanian serta dengan pembukaan kawasan-kawasan baharu untuk pertanian.
-
Nyatakan jumlah yang diperuntukkan untuk merakyatkan pertanian bagi tahun 2019 ini.
Keseluruhan peruntukan pembangunan bagi tahun 2019 termasuk peruntukan di sektor pertanian hanya akan dibentangkan di Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2018 yang bermula pada 23 November hingga 6 Disember 2018.