Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
78) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak tahun 2008 sehingga kini?
Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor sejak tahun 2008 sehingga Januari 2012 adalah sebanyak RM 512,552,337.99
-
Sila nyatakan secara terperinci jumlah yang telah dibelanjakan dan berapakah jumlah penerima faedah mengikut program masing-masing.
Perincian perbelanjaan mengikut program masing-masing adalah seperti di LAMPIRAN.
-
Apakah rancangan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam masa yang terdekat?
Kerajaan Negeri telah berjaya melaksanakan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor Fasa 1 dan Fasa 2 bermula Tahun 2008 sehingga kini. Manakala bagi program MES Fasa 3 dan Fasa 4, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan kajian berhubung pelaksanaan perkara tersebut dan pelaksanaan akan dibuat setelah kajian berkaitan selesai.
LAMPIRAN
PERBELANJAAN PROGRAM MES BAGI TAHUN 2009 HINGGA JANUARI 2012
Berakhir Disember Berakhir Disember Berakhir 2012 (sehingga 2009 2010 Disember 2011 Januari 2012) PROGRAM Bil Belanja Belanja Belanja Belanja (RM) (RM) (RM) (RM) 1 Bekalan Air Percuma bagi 20m3
131,468,341.10 136,217,650.50 140,738,975.91 11,950,538.92 2 Hadiah Anak Masuk Universiti
5,667,038.00 7,699,000.00 7,167,000.00 481,000.00 3 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
1,029,700.00 1,179,700.00 715,500.00 132,500.00 4 Skim Mesra Usia Emas 20,423,921.06 22,873,488.50 20,198,648.00 1,308,500.00 5 Pusat Khidmat Krisis Sehenti
(OSCC)
458,600.00 0 – – 6 Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja
Ladang
1,358,607.00 555,508.00 928,121.00 – Jumlah 160,406,207.16 168,525,347.00 169,748,244.91 13,872,538.92 Jumlah Keseluruhan 512,552,337.99 Belanja * Dibayar oleh KDEB kepada SYABAS mulai Jun 2008 sehingga Febuari 2010