Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
155) MERAKYATKAN EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sehingga 31 Disember 2010 berapa banyak kos yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk program merakyatkan ekonomi ?
Sehingga 31 Disember 2010, sebanyak RM263,486,729.96 telah dibelanjakan oleh kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM128,937,866.06 bagi Tahun 2009 dan RM134,548,863.90 bagi Tahun 2010. Perbelanjaan tersebut merangkumi Program Bekalan Air Percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Tabung Anak-anak Pekerja
-
Dapatkah perbelanjaan itu dipecahkan mengikut program MES ?
- Perincian bagi perbelanjaan di bawah program MES sehingga 31 Disember 2010 adalah seperti di Jadual1
-
Berapa ramai rakyat Selangor yang telah menikmati program-program dalam Mes, sila pecahkan mengikut program ?
- Seramai 2,384,924 orang rakyat Selangor telah menikmati hasil dari program-program MES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Pecahan-pecahan tersebut adalah seperti berikut:
- Program Bekalan Air Percuma 20m3 seramai 2,335,161 pengguna;
- Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) seramai 17,820 orang; dan
- Program di bawah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) seramai 31,943 orang.