Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

178) MENYUSUNAN SEMULA GERAI BAGI PENJAJA KECIL DI TAMAN LAGENDA SURIA, HULU LANGAT

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan PBT untuk menyusun
    semula gerai penjaja kecil di Taman Lagenda
    Suria yang menjadi punca ketiadaan parkir
    dan kesesakan akibat tindakan peniaga
    berniaga secara berleluasa?

    Pihak Majlis dalam proses mengenal pasti lokasi penempatan baharu bagi penjaja kecil warganegara Malaysia Taman Lagenda Suria.

  2. Apakah tindakan yang diambil PBT dalam
    membendung masalah peniaga yang tidak
    berlesen dan berniaga di kawasan yang tidak
    sesuai?

    Tindakan yang diambil oleh PBT dalam membendung masalah peniaga yang tidak berlesen dan berniaga di kawasan yang tidak sesuai ialah Tindakan Notis Amaran dan Notis Tawaran Kompaun di bawah Seksyen Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Penjaja Majlis Perbandaran Kajang 2007 serta tindakan sitaan dibawah Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

  3. Terdapat gerai dan khemah yang usang
    ditinggalkan sehingga mencacatkan
    pemandangan dan suasana, apakah tindakan PBT?

    Tindakan sitaan akan di ambil terhadap gerai dan khemah usang yang ditinggalkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.