Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

73) MENYEDIAKAN ATLET SELANGOR UNTUK MEMENANGI PINGAT EMAS PERTAMA DALAM OLIMPIK TOKYO 2020

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dengan mensasarkan Olimpik Tokyo 2020, sejauh manakah Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah proaktif mewujudkan penyelarasan antara Majlis-majlis Sukan Negeri dengan Majlis Sukan Negara?

    Peranan Majlis Sukan Negeri Selangor adalah bertanggungjawab menjalankan program pembangunan sukan iaitu ketika atlet berkenaan di peringkat sekolah dan mendedahkan mereka ke peringkat demi peringkat dan fasa demi fasa sebelum mereka berjaya di peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili Negara di peringkat antarabangsa.

    Manakala peranan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara bertanggungjawab untuk menggilap atlet-atlet yang berjaya di peringkat kebangsaan ke peringkat antarabangsa.

  2. Adakah terdapat halangan untuk Kerajaan Negeri diberikan bidang kuasa eksklusif untuk membangunkan potensi atlet sehingga berjaya memenangi pingat emas pertama daripada Olimpik Tokyo 2020?

    Program Olimpik Tokyo 2020 adalah merupakan program Negara dan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara telah merangka program persediaan ke arah mendapatkan pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kerajaan Negeri tiada kuasa eksklusif untuk membangunkan potensi atlet yang telah terpilih mewakili Negara kerana mereka adalah di bawah pengurusan pihak Majlis Sukan Negara. Peranan pihak Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara yang akan mengembangkan dan meningkatkan lagi potensi atlet sasaran untuk mendapatkan pingat di Olimpik Tokyo 2020 kelak.

     

  3. Senaraikan acara-acara sukan yang berpotensi besar untuk memenangi pingat Olimpik

    Antara sukan yang berpotensi besar untuk memenangi pingat Olimpik adalah sukan badminton, skuasy, tenpin bowling dan berbasikal.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.