Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

157) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan nama dan prestasi kewangan semua syarikat di bawah MBI.

     

     

     

    Bil

     

    Nama Anak-anak syarikat MBI

     

    Keuntungan/(Kerugian) pada tahun 2017 (Belum Audit)

    RM’000

    1 Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 17,003
    2 Kumpulan Darul Ehsan Berhad (1,053)
      i.     Kumpulan Perangsang Berhad 68,227
      ii.   Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (12,825)
      iii. KDEB Waste Management Sdn Bhd (979)
    3 Permodalan Negeri Selangor Berhad 42,772
    4 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 1,009
    5 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (184)
    6 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad (702)
    7 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 5,979
    8 Inpen (Selangor) Sdn Bhd 1,300
    9 Invest Selangor Berhad (873)
    10 Communication Corporation Sdn Bhd (385)
    11 Tourism Selangor Berhad 524
    12 Yayasan Hijrah Selangor 2,068
    13 Yayasan Warisan Anak Selangor 147
    14 Rantaian Mesra Sdn Bhd (7)
    15 SRM Setia Sdn Bhd 2,666
    16 SmartSel Sdn Bhd (102)
    17 Landasan Lumayan Sdn Bhd (5,141)
  2. Apakah pencapaian terbaik MBI sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan?

    Semenjak akhir tahun 2015, MBI mula memainkan peranan penting sebagai peneraju pelaburan dan pembangunan aset-aset strategik bagi pihak Kerajaan Negeri untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri. Sebagai salah satu agensi kerajaan, MBI bertanggungjawab melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyokong agenda semasa Kerajaan Negeri. Selain itu, MBI juga membantu Kerajaan Negeri, syarikat-syarikat anak Kerajaan Negeri (GLC) dan agensi- agensi kerajaan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi termasuk isu legasi yang telah lama wujud dan masih belum selesai.

    Pada tahun 2015 juga, MBI telah melaksanakan program transformasi “Agenda Makmur Selangor” (2015-2020) bagi memperkukuhkan halatuju strategik MBI. Rumusan pencapaian utama terbaik MBI semenjak tahun 2015 sehingga kini adalah seperti berikut:

     

    • penubuhan Smart Selangor Delivery Unit (“SSDU”) bagi menerajui dan memacu strategi Smart Selangor, yang merupakan inisiatif utama Kerajaan Negeri dalam menggerakkan Selangor menjadi Negara Pintar atau Smart State pada tahun 2025. Semenjak penubuhannya, SSDU berjaya memperkukuhkan ekosistem Smart Selangor dan Internet of Things (“IoT”) melalui:

     

    • penubuhan Smart Selangor Command Centre (“SSCC”) bagi memusatkan kesemua data agensi dan jabatan yang sedang dan bakal terlibat dalam Smart Selangor untuk dianalisa bagi bagi tujuan pemantauan, membuat keputusan dan pengurusan dasar atau strategik. Selain dari memusatkan data dari pelbagai sistem perintis yang dilaksanakan SSDU, pihak Unit Pengurusan Bencana (UPB) dari SUK adalah jabatan pertama yang telah beroperasi di SSCC dan melaksanakan operasi pemantauan menerusi satelit dan pengurusan insiden hutan terbakar, pencemaran air dan lokasi sampah

     

    • SSDU juga telah melancarkan pemantauan kualiti udara melalui platform IoT bagi pemantauan secara real-time;

     

    • Pelaksanaan Intelligent Response Selangor (“i-RS”) menyediakan satu platform open standard yang mempunyai reka bentuk responsif untuk mengurus dan menilai jalan berlubang di kawasan Negeri Selangor secara masa nyata (real time). i-RS membolehkan dan mengautomatikkan pemprosesan data Waze CCP (Connected- Citizens Program), iaitu sebuah kerjasama diantara MBI dengan Google Asia Pacific, dengan lebih efektif dan efisien. Maklumat- maklumat penting turut dapat disimpan dan diperoleh semula dengan lebih sistematik dan selamat; Dengan memanfaatkan aplikasi Waze,

     

    inisiatif ini membolehkan rakyat melaporkan lokasi yang lebih tepat mengenai jalan berlubang yang terdapat di kawasan Selangor. Selain aduan jalan berlubang, PBT juga bertanggungjawab memuatnaik maklumat jalan yang ditutup bagi sesuatu tujuan supaya pengguna jalan raya mendapat maklumat sebelum merancang perjalanan. Inisiatif ini juga telah diperkembangkan tahun ini dengan penglibatan JKR Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah serta Lembaga Lebuhraya Malaysia;

     

    • Selangor Intelligent Transport System (“SITS”), telah berjaya meningkatkan penyampaian khidmat Bas Smart Selangor kepada rakyat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan menyediakan aplikasi dan mendapatkan maklumat seperti perhentian bas yang terdekat, jangka masa tiba bas, dan penggunaan bas dan laluan secara optimum;

     

    • Community Opinions Online (“COOL”) menyediakan platform digital untuk rakyat berinteraksi dengan Kerajaan Negeri dan wakil rakyat dengan lebih berkesan telah dilaksanakan di tiga (3) kawasan ADUN dan sedang dikembangkan untuk kesemua kawasan ADUN di Selangor;

     

    • pelantikan KDEB Waste Management Sdn Bhd (‘KDEBWM”) sebagai Project Management Company (PMC) untuk pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisyen di Majlis Perbandaran Klang (“MPK”). Sehingga tahun 2017, KDEBWM telahpun mengambilalih pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Majlis Perbandaran Selayang (“MPS”) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (“MPAJ”) serta pembersihan awam di MPK dan MPAJ. Semenjak pengambilalihan pengurusan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam di PBT berkaitan oleh KDEBWM, jumlah aduan yang diterima daripada pengguna mencatatkan penurunan secara mendadak;

     

    • pembangunan aplikasi iClean Selangor bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi pengurusan kutipan sisa pepejal yang dipantau terus melalui kaedah real-time monitoring oleh Central Command Centre yang ditubuhkan di KDEBWM. Aplikasi iClean Selangor telah dilaksanakan di MPK, MPS dan MPAJ bagi membantu KDEBWM menguruskan perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan lebih berkesan;

     

    • pembersihan dan pemuliharaan Sungai Klang di mana Hebat Abadi Sdn Bhd telah berjaya mengeluarkan 15,909 tan metrik sampah terapung sehingga akhir Disember 2016, 16,000 tan metrik sampah sehingga

    sehingga Disember 2017, dengan jumlah keseluruhan melebihi 33,054 tan sampah berjaya dibersihkan sehingga Januari 2018. Manakala 48 perangkap sampah (log boom) telah dipasang di tiga (3) lokasi yang berbeza iaitu pintu air, saluran utama dan anak sungai di sepanjang Sungai Klang;

    • peningkatan penggunaan WiFiSS yang diluar jangkaan daripada 227,871 sesi pada bulan Disember 2015 kepada 8,156,637 sesi sehingga Disember 2016 sekaligus menunjukkan penerimaan rakyat Selangor terhadap inisiatif WiFi Smart Selangor (“WiFiSS”). MBI juga melaksanakan pemasangan semula dan penambahan access points WiFiSS ke kawasan-kawasan luar bandar, terutamanya kawasan berpendapatan rendah, bertujuan untuk memperkasakan rakyat Selangor supaya membuat keputusan berhemah berdasarkan informasi. Pada penghujung tahun 2017, terdapat sebanyak 3,610 AP WiFiSS di seluruh Negeri Selangor. Jumlah bilangan yang berdaftar bagi tahun 2017 adalah sebanyak 893,602 dan jumlah bilangan sesi langganan Wi-Fi adalah sebanyak 20,170,644;

     

    • pelancaran road show pertama Program Intervensi Awal (Early Intervention Program) (“EIP”) di Hulu Selangor khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas bagi membantu ibu bapa mengambil langkah awal untuk mengelakkan berlakunya masalah sampingan pada keadaan fizikal anak-anak mereka di masa akan datang. Sehingga kini, banyak aktiviti- aktiviti dan program spin-off di bawah EIP telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran orang awam khususnya ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas mengenai langkah awal yang perlu diambil bagi membantu perkembangan kanak-kanak dari segi perkembangan diri dan aktiviti harian. Sehingga akhir 2017, seramai 3,035 penyertaan telah direkod bagi program serta bengkel keibubapaan yang dianjurkan, manakala 135 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah telah menjalani ujian saringan bersama pakar-pakar perkembangan kanak-kanak.

     

    • Pada November 2017, MBI Selangor telah mengetuai delegasi Smart Selangor ke Barcelona untuk mempamerkan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor tersebut di Smart City Expo World Congress 2017 yang merupakan ekspo Smart City terbesar di Acara tersebut mempamerkan bandar-bandar, syarikat serta pakar tersohor dunia di dalam industri Smart City dan penglibatan Selangor telah membawa negeri ini ke persada antarabangsa, mendapat pengiktirafan dunia dengan pameran kemajuan serta inovasi negeri di bawah agenda Smart Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.