Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

44) MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapakah yang memegang kuasa eksekutif dan kewangan MBI?

    1. Melalui arahan Lembaga Pengarah MBI, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi adalah penjawat yang memegang kuasa eksekutif dan kewangan MBI.
  2. Nyatakan struktur dan senaraikan perjawatan serta tugas setiap kakitangan dalam MBI?

    Struktur dan senarai perjawatan serta tugas setiap kakitangan di MBI seperti di Lampiran 1.

     

  3. Nyatakan jumlah gaji, elaun atau yuran setiap perjawatan dalam MBI?

    1. Gaji serta elaun penjawat adalah maklumat peribadi yang harus dilindungi. Walau bagaimanapun, jika YB Dato’ masih memerlukan maklumat tersebut, YB Dato’ boleh membuat permohonan secara rasmi kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan YB Dato’ akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.