Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
154) MENJANA EKONOMI IBU TUNGGAL
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan ibu tunggal yang telah berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri khususnya DUN Pelabuhan Klang?
Untuk menentukan jumlah ibu tunggal di negeri Selangor, Kerajaan negeri talah
melancarkan sistem pendaftaran ibu tunggal atau dikenali Portal Ibu Tunggal. Melalui
portal ini, ibu tunggal yang telah mendaftarkan diri mereka secara talian dan boleh
mendapatkan informasi terkini mengenai ibu tunggal khasnya dan hal ehwal wanita
amnya. Sehingga 31hb Mac 2010, terdapat seramai 20,716 orang ibu tunggal yang telah
berdaftar di dalam portal ini. Bagi Dewan Negeri Pelabuhan Klang terdapat seramai 126
orang ibu tunggal yang berdaftar. -
Apakah bantuan/ jenis latihan kemahiran berterusan yang disalurkan kepada mereka bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka untuk beroperasi?
Bagi memasikan golongan ibu tunggal mampu menjana ekonomi mereka, kerajaan
negeri telah memberikan beberapa jenis bantuan yang dapat membantu mereka.
Antara bantuan yang disediakan adalah seperti bantuan “BluePrint” kemiskinan yang
menyasarkan kapada golongan yang berpendapatan rendah dengan memberikan
bantuan dari segi peralatan seperi mesin jahit, mesin uli tepung, oven gas dan lain-lain
lagi.
Selain itu, terdapat juga bantuan kepada golongan usahawan iaitu bantuan dana Indusri
Kecil dan Sederhana (IKS), bantuan pertanian, penternakan dan nelayan. Dan yang
terkini, bantuan Mikrokredit, yang mana bantuan ini memberikan bantuan dari segi
kewangan untuk mereka yang layak dalam membangunkan ekonomi keluarga. -
Berapa peratus bilangan ibu tunggal berdaftar yang masih tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri?
Tujuan Kerajaan Negeri melancarkan portal ibu tunggal bukan untuk memberi bantuan
kepada meraka yang berdaftar, sebaliknya adalah untuk pengkalan data untuk Kerajaan
Negeri bagi tujuan merangka program-program yang bersesuaian untuk mereka.
Sekiranya mereka memerlukan bantuan dari segi elaun bulanan, mereka boleh merujuk
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.