Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

235) MENJAMIN SEKURITI MAKANAN (FOOD SECURITY) DI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menjamin sekuriti makanan di kalangan rakyat negeri Selangor?

    Usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menjamin sekuriti makanan di kalangan rakyat Negeri Selangor adalah melalui pelaksanaan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang merangkumi perkara-perkara seperti berikut :-

     

    1. Pertanian Bernilai Tinggi (High Value Product);
    2. Pemodenan Pertanian (Agriculture Modernization);
    3. Rantaian Bekalan Makanan Lengkap (Complete Supply Chain);
    4. Pembangunan Agropreneur (Agropreneur Development); dan
    5. Agro Pelancongan (Agro Tourism).

    Objektif PeTA adalah seperti berikut :-

    1. Produktiviti

    Meningkatkan jumlah hasil pengeluaran dan secara langsung meningkatkan jaminan bekalan makanan atau self sufficiency levels (SSL).\

     

    1. Ekonomi

    Meningkatkan sumbangan kepada nilai KDNK sektor pertanian (makanan) Negeri Selangor.

     

     

     

     

    1. Modal Insan

    Mewujudkan peluang sumber pendapatan khususnya kepada golongan muda serta menyediakan latihan dan bimbangan secara hands-on kepada mereka yang berminat.

    Bagi pelaksanaan PeTA tersebut, ianya telah dipecahkan kepada 9 kluster iaitu :-

    1. Agro Prihatin
    • Pengurusan lambakan hasil pertanian.
    • Pemberian bantuan / insentif kepada golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani (IAT).

     

    1. Agro Komuniti
    • Program agro bandar dan kebun komuniti.
    • Agro Siswa.
    • Agro Sekolah.

     

    1. Agro Centre Of Excellence (ACE)
    • Meningkat kajian dan pelaksanaan untuk mengeluarkan benih tanaman, baka ternakan dan akuakultur serta kajian bagi mengurangkan kos makanan ternakan serta penghasilan input-input tanaman yang bersifat mesra alam.

     

    1. Agropreneur Selangor
    • Mewujudkan lebih ramai agroprenuer.
    • Program Ikon Selangor.
    • Pendaftaran agroprenuer.

     

    1. Agro Pelancongan
    • Galakan untuk mewujudkan lebih banyak lokasi agro pelancongan berasaskan projek-projek pertanian yang sedia ada sebagai pendapatan tambahan kepada pengusaha.
    • Melaksanakan program-program bagi mempromosikan lokasi pertanian seperti Pesta D’Bendang dan Sport Fishing.

     

    1. Maju Agro Selangor
    • Program meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan agroprenuer.
    • Membina dan menaik taraf prasarana berkaitan sektor pertanian.

     

    1. Agro Niaga
    • Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan yang lengkap.
    • Promosi hasil segar dan proses di dalam dan luar negara.
    • Mewujudkan lokasi-lokasi jualan secara terus kepada pengguna seperti Selangor Agro Market (SAM) dan Program Agro Ehsan.

     

    1. E-Agro
    • Pusat pengumpulan data-data pertanian seperti kawasan yang sedang diusahakan dengan projek pertanian, jumlah pengusaha sektor pertanian makanan segar dan proses serta maklumat tanah-tanah pertanian milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dimajukan.
    • Borang-borang permohonan insentif pertanian dan pendaftaran agroprenuer secara atas talian.

     

    1. Smart Selangor Agro Park (SSAP) Dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF)
    • Pembukaan lebih banyak kawasan-kawasan pertanian makanan berteraskan Dasar PeTA.

    Melalui pelaksanaan dasar tersebut, ianya telah merangkumi keseluruhan strategi sebagai jaminan kepada rakyat Negeri Selangor untuk sekuriti makanan iaitu bermula dari kajian dan pembangunan (R & D) sehinggalah kepada pemasaran dan harga jualan.

  2. Apakah langkah dan inisiatif yang diambil kerajaan negeri Selangor bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan?

    Langkah-langkah dan inisiatif yang diambil bagi mengatasi mesalah kekurangan bekalan makanan adalah dengan memastikan setiap halatuju berada pada landasan yang betul melalui perancangan seperti yang telah dinyatakan di para (a) dilaksanakan dengan kadar segera tanpa meninggalkan walau satu strategi memandangkan ianya telah mencakupi semua aspek termasuk peranan semua jabatan dan agensi serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.