Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
74) MENINGKATKAN TARAF HIDUP PENDUDUK DI KAMPUNG BARU CINA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Kampung Baru Cina di seluruh Selangor dan apakah masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di Kampung Baru Cina dari segi kemudahan asas?
Terdapat sebanyak 78 buah Kampung Baru Gina di Negeri Selangor. la terdiri
daripada 42 buah Kampung Baru, 19 Kampung Bagan, dan 17 Kampung
Tersusun. Penduduk di Kampung Baru Gina juga tidak menghadapi masalah
untuk mendapatkan kemudahan asas kerana banyak kemudahan telah
disediakan seperti bekalan elektrik dan bekalan air di KampungBaru Gina. -
Sejak lima (5) tahun kebelakangan ini, berapakah jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf Kampung Baru Cina
Setiap tahun kerajaan Negeri memperuntukan RM 100,000.00 untuk
menjalankan aktiviti dan program untuk Kampung Baru, dan sebanyak RM
200,000.00 pula diperuntukkan kerajaan Negeri untuk melaksanakan projekprojek keeiltermasuk menaiktaraf infrastrukturdi Kampung Baru. -
Apakah rancangan terbaru kerajaan negeri untuk menaik taraf Kampung baru Cina
Antara rancangan terbaru Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf Kampung baru
Gina ialah melalui:-
Melanearkanlaman web kampung baru;
Menjadikan kampung baru sebagai salah satu daya tarikan pelaneongan
negeri;
iii. Menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji secara mendalam
untuk menaiktarafkanekonomi kampung baru;
iv. Penyelidikan terhadap sejarah dan kebudayaan kampung baru di negeri ini.