Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
215) MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang diberikan kepada bidang pertanian dari tahun 2004 hingga 2007?
Peruntukan pembangunan sektor pertanian sepanjang tempoh 204 hingga 2007 adalah bemilai RM 114,101,713.00
-
Apakah skim-skim yang dilancarkan (selain daripada MARA dan FELDA) demi menggalakkan rakyat tanpa mengira kaum supaya melibatkan diri dalam bidang pertanian?
Kerajaan Negeri telah menyediakan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM ) iaitu kawasan untuk semua kaum menjalankan aktiviti pertanian. Terdapat seluas 1290 hektar TKPM yang melibatkan daerah Sabak Bemam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
-
Berapakah cukai yang diperolehi dari bidang pertanian?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 05 Mei 2008 telah menolak soalan (c).