Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

259) MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan hasil pada 2017?

    Sumber pendapatan dan hasil Kerajaan Negeri adalah seperti yang termaktub dalam Bahagian 3, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan. Di antara elemen sumber hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri di bawah kuasa yang diberikan mengikut Perlembagaan Persekutuan adalah:

    (a)Hasil tanah;

    • Hasil lombong;
    • Hasil hutan;
    • Duti hiburan;
    • Terimaan mengenai bekalan dan perkhidmatan air;
    • Sewa dan jualan harta Negeri;
    • Bayaran fi,    denda   dan   pelucuthakkan  mahkamah   selain                  daripada mahkamah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan;
    • Faedah atas baki wang negeri;
    • Bayaran mengenai perkhidmatan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri; dan
    • Harta

    Hasil Tanah adalah Hasil Yang Diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri dan menjadi penyumbang utama kepada Kerajaan Negeri kerana kuasa-kuasa yang dikurniakan oleh Kanun Tanah Negara kepada Pihak Berkuasa Negeri meliputi :

    • Memberimilik Tanah Kerajaan;
    • Merizabkan Tanah Kerajaan dan memberi pajak tanah rizab sehingga 99 tahun;
    • Mengeluarkan lesen Pendudukan Sementara atas Tanah Kerajaan, tanah rizab dan tanah lombong;
    • Mengeluarkan Permit Bahan Batuan; dan
    • Mengeluarkan permit penggunaan ruang udara atas Tanah Kerajaan atau tanah

    Strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi mempelbagaikan sumber pendapatan dan hasil pada tahun 2017 adalah dengan sentiasa melaksanakan usaha-usaha berterusan bagi memastikan pertumbuhan hasil Kerajaan Negeri Selangor, di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah terbaik.

    Di antara perkara-perkara yang dilaksanakan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan dan hasil Negeri adalah:-

    • Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTG Selangor) telah melaksanakan Pindaan Cukai Tanah (PCT) 2017 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2017. Pindaan Cukai Tanah ini adalah selaras dengan Seksyen 101(5) (b) Kanun Tanah Negara (KTN) yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menyemak semula kadar cukai tanah setiap 10 tahun sekali.pindaan Cukai Tanah yang dilaksanakan ini telah mendapat kelulusan MMKN Ke 5/2015 pada 04 Februari 2015;
    • Kerajaan Negeri melalui PTG Selangor sedang menyediakan Kertas cadangan pelaksanaan kadar cukai petak dan pengenaan fi cukai petak bagi pembangunan berstrata ke atas Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata Negeri Selangor selaras dengan pindaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan 2016) (A1518) bagi semua daerah di Negeri Selangor. Kertas ini dijangka akan diangkat ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan seterusnya ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN). Pelaksanaan cukai petak dijangka akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2018. Melalui pelaksanaan cukai petak ini, hasil kerajaan akan meningkat kerana ;
    • Pemilik petak hakmilik strata boleh membayar cukai bagi petak individu sahaja;
    • Kutipan tunggakan cukai bagi tanah di mana bangunan didirikan boleh diagihkan berkadaran dengan unit syer petak;
    • Memperuntukkan prosedur tuntutan kutipan melalui penggubalan kaedah-kaedah hakmilik strata Negeri oleh Pihak Berkuasa Negeri;
    • Melantik Pihak Berkuasa Statutori (PBS) sekiranya wujud kegagalan pemilik petak membayar cukai petak serta pelanggaran syarat pada petak.
    • Dapat memperuntukkan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat kaedah berkenaan pengenaan, perebetan, pembayaran secara ansuran, penangguhan atau apa-apa perkara sampingan melibatkan cukai petak;
    • pengiraan premium tanah berdasarkan nilai pasaran semasa;

    pelaksanaan Operasi Bersepadu Mengutip Hasil Tanah dengan kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri Selangor, semua Pejabat Daerah/Tanah (PDT), PTG Selangor dan Bahagian Teknologi Maklumat, SUK (BTM, SUK) sebagai satu pasukan (Ops. Kutip) seperti berikut:-

    • menjejaki pemilik tanah yang berkenaan, menasihati dan memberi amaran melalui surat peringatan kepada mereka untuk melaksanakan tanggungjawab menyelesaikan tunggakan cukai tanah;
    • menerima bayaran cukai tanah secara ansuran;
    • memberikan pengurangan fi tunggakan (denda lewat); dan
    • tindakan perampasan jika pemilik tanah gagal menjelaskan cukai tanah tertunggak;

    Kerajaan Negeri terutamanya melalui PDT sentiasa berusaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui kaedah berikut:-

    • mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil;
    • membuka kaunter kutipan luar dengan menambah saluran kutipan cukai tanah melalui van kaunter hasil bergerak;
    • membuka kaunter pada waktu rehat; dan
    • menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara atas talian (online) dan pusat pembayaran di kaunter PBT;

    Kerajaan Negeri juga berusaha menangani tunggakan hasil cukai tanah dengan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Hasil dan Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di Peringkat Negeri yang berfungsi untuk memantau pelaksanaan kutipan tunggakan cukai tanah secara holistik yang melibatkan penunggak tegar dan penyelesaian hak milik yang terlibat dengan permasalahan tanah di semua PDT;

    Kerajaan Negeri turut mewujudkan pasukan Taskforce Mengurangkan Tunggakan Cukai Tanah di empat (4) PDT iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat untuk menangani secara khusus masalah tunggakan cukai tanah daripada hak milik bermasalah;

    Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor dengan kerjasama PTG Selangor telah mengadakan Bengkel Hakmilik Belum Dibatalkan dan Hakmilik Bertindih pada 17 – 22 Mac 2016 bagi menyediakan draf Proses Kerja (SOP) untuk membantu mencari penyelesaian tunggakan cukai tanah di peringkat PDT. SOP tersebut disemak oleh pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri dan apabila digunapakai akan membantu penyelesaian hakmilik bertunggakan;

    Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor pada 15 Mac 2017 telah menganjurkan Makmal Akaun Belum Terima Cukai Tanah bagi menyediakan forum kerjasama di antara Perbendaharaan Negeri, BTM SUK Selangor, PTG Selangor dan semua PDT dengan objektif untuk mengenalpasti pecahan tunggakan hasil cukai tanah mengikut masalah teknikal tanah dan rancangan penyelesaian berdasarkan masalah tersebut;

    Kerajaan Negeri melalui PTG Selangor mewujudkan Focus Group Penyelesaian Hakmilik Bermasalah bertunggakan seperti masalah hakmilik bertindih dan hakmilik belum batal yang berhadapan dengan isu teknikal tanah. Focus Group Hakmilik Bermasalah oleh PTG Selangor dari semasa ke semasa membuat siasatan bersama PDT bagi menyelesaikannya secara kes demi

    Lanjutan daripada kes hakmilik bermasalah bertunggakan tersebut,  Bengkel Annotated Case Melibatkan Hakmilik Bertunggakan diadakan pada 16 – 18 Mac 2017 oleh Focus Group Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri berhubung hakmilik yang terlibat dengan kes-kes mahkamah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mewujudkan satu proses kerja (SOP) yang akan digunapakai oleh PTG Selangor dan semua PDT. Seterusnya, akan membantu menyelesaikan masalah hakmilik bertunggakan;

    Proses menaiktaraf tanah melalui pemukiman dan persempadan semula juga sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Kali terakhir proses menaik taraf tanah dilaksanakan ialah pada tahun 1995. Kesemua PDT akan memuktamadkan kawasan yang akan dinaiktaraf sebagai bandar atau pekan untuk diangkat ke pertimbangan MMKN dan seterusnya diwartakan mengikut Seksyen 11 (c) (a) dan Seksyen 11 (d) Kanun Tanah Negara 1965. Dijangkakan hasil Kerajaan Negeri akan meningkat kerana sebahagian besar kawasan yang terlibat di dalam menaiktaraf tanah ini adalah merupakan kawasan industri dan bangunan di mana cukai yang dikenakan ketika ini adalah pada kadar tanah luar bandar;

    • Perbendaharaan Negeri Selangor telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Tunai Kerajaan Negeri yang membantu Kerajaan Negeri dalam menguruskan lebihan tunai dengan lebih efisien, di samping memberi pulangan faedah yang optimum;
    • Perbendaharaan Negeri Selangor telah memperkemaskan dan membuat penambahbaikan terhadap perbelanjaan berhemat dan langkah-langkah tambahan yang perlu diambil ke arah pengurusan perbelanjaan wang awam yang sempurna;
    • Perbendaharaan Negeri Selangor juga mengganggotai Jawatankuasa Hasil Negeri di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia yang sentiasa bersidang dari semasa ke semasa mengkaji dan memperhalusi elemen sumber hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri di bawah kuasa yang diberikan seperti yang termaktub dalam Bahagian 3, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan;

    Mendapatkan bayaran premium yang belum diterima daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kertas Cadangan Mengkaji Ketirisan Hasil ke atas Tanah Lebuh raya oleh Perbendaharaan Negeri Selangor berdasarkan kelulusan secara pemberimilikan tanah kerajaan di bawah Seksyen 76 KTN bagi tujuan tapak komersial di lebuh raya seperti stesen minyak, pejabat dan perniagaan. Kertas ini telah dibawa oleh Negeri Selangor ke peringkat Majlis Kewangan Negara (MKewN) pada 14 Jun 2016. Tuntutan bayaran Notis 5A (Premium Tanah dan Cukai Tahun Pertama) bagi tujuan tersebut belum dijelaskan berjumlah RM209.4 juta. Status Notis 5A telah pun tamat tempoh. Mesyuarat MKewN memutuskan Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk mengadakan bengkel penyelesaian bersama Kerajaan Negeri Selangor;

    • Berdasarkan kepada keputusan Majlis Perhutanan Negara, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dibenarkan untuk membuat kutipan royalti bagi kayu palma, pokok kelapa, dan kayu getah berkuatkuasa pada tahun 1 Januari 2017;
    • Berdasarkan keputusan Majlis Kewangan Negara (MKewN), pengenaan caj khusus bagi penginapan di hotel-hotel seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan Pulau Pinang boleh dilaksanakan di negeri seluruh Malaysia. Perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada 13 Januari 2017 dan masih di peringkat perbincangan
    • Menguatkuasakan duti hiburan ke atas taman-taman tema di Selangor selepas pengecualian berkenaan dimansuhkan oleh Kementerian Kewangan bermula pada Februari 2014; dan
    • Kenaikan kadar Sewa Menara Telekomunikasi di atas tanah milik Kerajaan Negeri Selangor yang dikutip oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari
  2. Nyatakan kajian-kajian yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi menuju kearah tersebut

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.