Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

38) MENINGKATKAN HASIL NELAYAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rakyat Selangor yang terlibat dengan pekerjaan nelayan?

    Jumlah rakyat Selangor yang terlibat dengan pekerjaan nelayan adalah seramai 7,655 orang (Statistik Jabatan Perikanan Malaysia 2010)

     

    Bil Daerah Bilangan Nelayan
    1 Sabak Bernam 3,264
    2 Kuala Selangor 1,552
    3 Klang 1,899
    4 Kuala Langat 732
    5 Sepang 187
      JUMLAH 7,655
  2. Berapakah kadar pendapatan mereka berbanding dengan kerja-kerja rakyat yang lain?

    Secara purata kadar pendapatan nelayan tradisional adalah sekitar RM 1,000 — RM 1,500

  3. Apakah usaha yang dilakukan untuk meningkatkan pendapatan mereka?

    Usaha yang dilakukan untuk meningkatkan pendapatan mereka adalah;

    Melalui peruntukan dana nelayan oleh kerajaan negeri yang memberikan pelbagai bantuan peralatan dan alat tangkapan ikan dalam memastikan hasil tangkapan dapat ditingkatkan. Pada tahun 2012, Jabatan Perikanan telah menerima peruntukan sebanyak RM300,000 untuk membantu Bantuan yang diberikan adalah sampan fibreglass, enjin, serta jaring untuk menangkap ikan.

     

    Program bantuan peralatan menangkap ikan oleh Lembaga Zakat Selangor

     

    • Program bantuan menaiktaraf jeti pendaratan ikan oleh Majlis Daerah, PBT, LKIM serta Jabatan

Lampiran

Tiada Lampiran.