Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

66) MENGURUSKAN RM600 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI TAHUN 2015

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme yang akan diwujudkan oleh kerajaan jika mahu menggunakan seluruh RM600 juta bagi 2015?

    Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan siling peruntukan MARRIS dapat dibelanjakan dengan optima seperti berikut:-

    • Melaksanakan pindaan terhadap dasar perolehan Kerajaan Negeri Selangor daripada Dasar Harga Terendah Setelah Melepasi Penilaian Teknikal kepada Dasar Pernilaian Perolehan Secara Sistem Cut-Off mulai 1 Januari 2015. Menerusi pindaan dasar ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan mekanisme baru dalam sistem perolehan yang dapat mengelakkan projek- projek termasuk projek MARRIS dilaksana pada harga yang terlalu rendah yang mungkin pada akhirnya menjurus kepada kualiti kerja yang rendah oleh pihak kontraktor. Di samping itu, harga yang rendah juga menyebabkan agensi pelaksana menghadapi kesukaran untuk menghabiskan siling peruntukan disebabkan wujud penjimatan pada kadar 20%-30% dari anggaran jabatan yang telah ditetapkan. Justeru, dasar perolehan yang baharu ini telah digubal agar perolehan yang dibuat benar-benar menguntungkan

    Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri Selangor telah membuat perancangan rapi dan akan memantau agar projek MARRIS dapat dilaksana dengan teratur mengikut Jadual Pelaksanaan berikut:-

     

    Bil. Aktiviti Bulan Status
     

    1.

    Pengeluaran          Surat         Kelulusan Berbelanja kepada agensi pelaksana November 2014  

    Selesai

     

     

    2.

    Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bersidang dan meluluskan senarai projek dikemuka  oleh  agensi pelaksana  

    Disember 2014 &

    Januari 2015

     

     

    Selesai

     

    3.

    Pelaksanaan perolehan secara sebut harga dan tender oleh agensi pelaksana  

    Januari – Mac 2015

     

    Sedang dilaksanakan

     

    4.

    Pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) oleh agensi pelaksana kepada kontraktor  

    Mac – April 2015

     

     

    5.

     

    Pelaksanaan projek MARRIS secara fizikal di tapak oleh pihak kontraktor

    Mac – September 2015  

     

    6.

     

    Penyaluran        peruntukan        kepada agensi pelaksana

    Mac – September 2015  

  2. Apakah tahap keupayaan, keberkesanan dan kecekapan yang dimiliki oleh agensiagensi pelaksana masa ini?

    Kerajaan Negeri berpandangan agensi pelaksana sedia ada iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah / Tanah (PDT) mempunyai keupayaan, kompetensi dan kecekapan yang diperlukan dalam melaksanakan projek-projek MARRIS.

  3. Apakah langkah yang akan diambil untuk menjamin pencapaian hasil pada tahap 100%?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.