Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

138) MENGURANGKAN KES-KES JENAYAH DARI SEGI PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan Selangor supaya mengurangkan bahaya seseorang menjadi sasaran perompak?

    Langkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor supaya mengurangkan bahaya seseorang menjadi sasaran perompak?

    i. Mengujudkan sistem CCTV di kawasan-kawasan yang strategik.

    ii. Mencadangkan mengujudkan lampu-Iampu jalan di kawasan-kawasan
    yang gelap khususnya di Taman Perumahan, lorong-lorong yang sering
    dilalui oleh orang awam, di kawasan letak kenderaan, perhentian
    bas/teksi.

    iii. Mengadakan pondok polis serta kelengkapan dengan bantuan pemaju di
    kawasan-kawasan baru.

    iv. Mengkaji tempat perhentian bas supaya ianya tidak diletakkan di tempat
    yang sunyi dan gelap. Ini kerana ada kes ragut menjadi samun berlaku di
    kawasan tersebut.

  2. Apakah projek membina infrastruktur yang ada untuk membantu mengurangkan kes-kes jenayah di Selangor?

    Projek membina infrastruktur yang ada untuk membantu mengurangkan kes-kes jenayah.

    i. Penempatan CCTVdi kawasan-kawasan strategik.
    ii. Mencadangkan menambah lampu-lampu di kawasan-kawasan tempat letak kenderaan,jalan-jalan sunyi, perhentian bas.

  3. Jika ada, berapa banyak peruntukan yang diagihkan di setiap kawasan DUN?

    Jawapan tidak dapat diberikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.