Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
130) MENGOPTIMAKAN PENGGUNAAN TANAH
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah saiz pegangan terkumpul lot-lot tanah kosong di bawah kawalan selia PBT?
Lot-lot tanah boleh dibahagi kepada dua (2) iaitu kawasan lapang dan lot milik PBT. Berikut adalah saiz pegangan lot-lot tanah kosong mengikut PBT masing-masing :
PBT Jumlah saiz pegangan terkumpul lot-lot tanah kosong Kawasan lapang Lot Milik PBT MBSA 2195 tapak (3,382.59 ekar)
1654 tapak (2,884 ekar)
MBPJ 50.259 ekar – PBT Jumlah saiz pegangan terkumpul lot-lot tanah kosong Kawasan lapang Lot Milik PBT MBSJ 162 2.403 ekar MPAJ 1499/429.57 hekta (1,061.491 ekar)
– MPK – 55 lot (69.632 ekar)
MPS – – MPKj 1,254 lot (1,020.08 ekar)
2 lot (28.8 ekar)
MPSp 3,689.19 ekar 1,370 lot MPKL 832 tapak (420.96 ekar)
1 tapak (0.2716 ekar)
MPKS – 12 lot (0.178 ekar)
MPHS 133 lot 2 lot MDSB 124.24 ekar 1. Tapak Nursery – 4 ekar 2. Tapak Pusat Penyembelihan – 4.5 ekar
3. Komplek Agropolitan Sabak Bernam – 15 ekar
4. Kompleks Sukan Sabak – 7 ekar
*sumber : PBT Negeri Selangor
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengoptimakan lot-lot tanah kosong ini sebagai kawasan permajuan pertanian ke arah menjadikan Negeri Selangor lebih berupaya menghasilkan bekalan makanan kendiri?
Lot-lot tanah kosong berstatus pertanian hendaklah dibenarkan untuk pemajuan tanaman pertanian komersial dan penternakan dengan mengambil kira aspek lokasi, perancangan infrastruktur dan lain-lain. Walau bagaimanapun, PBT mempunyai pelbagai inisiatif masing-masing untuk mengoptimakan lot-lot tanah kosong yang kecil sebagai kawasan pertanian ke arah menjadikan Negeri Selangor lebih berupaya menghasilkan bekalan makanan kendiri seperti :
i) MBPJ melaksanakan projek “PJ-Urban Farming” di tanah-tanah rizab rintisan elektrik yang berdekatan dengan skim-skim perumahan kos rendah. Projek ini akan dijalankan secara berperingkat dan tanah kerajaan (Rizab TNB) seluas 1 ekar di Seksyen 5 Petaling Jaya yang melibatkan penduduk setempat sebagai “Projek Perintis” sedang dilaksanakan. MBPJ juga dalam perancangan untuk melaksanakan projek “PJ-Urban Farming” dalam skil yang lebih besar dimana masih di peringkat kajian.
ii) MBSA menggalakkan pembangunan Kebun Komuniti dan Dusun@bandar untuk kawasan Shah Alam bagi tanah-tanah kawasan lapang yang berbentuk “accidental open space” atau zon penampan di lokasi-lokasi yang bersesuaian. Pembangunan Kebun Komuniti dan Dusun@bandar ini selalunya melalui permohonan daripada Persatuan Penduduk dan juga pendekatan digalakkan melalui program MINI ZEEBEE.
iii) MPHS melalui Jawatankuasa Smart Mampan Hulu Selangor menganjurkan inisiatif Kejiranan Hijau Kebun Bandar yang akan dikelola oleh Jawatankuasa Penduduk dan perlu mendapatkan kelulusan daripada PBT terlebih dahulu bagi menilai kesesuaian tapak.