Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

154) MENGHADAPI FENOMENA EL-NINO

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah awal yang telah diambil bagi mengurangkan kesan El Nino?

    Beberapa langkah-langkah awal telah diambil bagi mengurangkan kesan El Nino yang dijangkakan pada bulan Jun hingga Oktober 2014 seperti berikut :

    1. Operasi pembenihan awan yang telah dilaksanakan oleh LUAS sejak 27 Mac 2014 hingga sekarang dengan kerjasama pihak JMM dan syarikat swasta bagi meningkatkan paras air Empangan Sungai Selangor kepada 55%.
    2. Pengepaman air Sg. Selangor ke dalam kolam-kolam alternatif yang terdapat di hulu muka sauk di sepanjang sungai untuk tujuan simpanan dan akan dipam semula ke dalam sungai apabila paras sungai rendah akibat cuaca kering.
  2. Apakah persediaan yang dilakukan bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga Oktober?

    Beberapa persediaan telah dilakukan bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga Oktober seperti berikut :

    1. Pihak LUAS dengan kerjasama JPS Negeri dan Kumpulan Semesta (KSSB) telah memasang beberapa unit pam yang akan digunakan untuk mengepam air dari kolam alternatif ke dalam sungai Selangor bagi menambah bekalan air mentah ke muka sauk.
    • Pihak LUAS telah mengenalpasti beberapa lokasi untuk abstraksi sumber air bumi sebagai sumber air tambahan ketika musim kering. Kilang Megasteel di Kuala Langat umpamanya telah memberikan komitmen secara bertulis (CSR) untuk membantu membekalkan sumber air bumi kepada orang awam.
  3. Apakah langkah Kerajaan dalam merangka PBT memainkan peranan sokongan?

Lampiran

Tiada Lampiran.