Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
175) MENGGUBAL SATU SOP BARU YANG LEBIH TERPERINCI SUPAYA MEMBOLEHKAN MASJID DAN SURAU DIBUKA KETIKA WAKTU PANDEMIK
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Saya ingin bertanya kepada EXCO Agama, tidak bolehkah Kerajaan Negeri dan juga agensi berkaitan hal-ehwal agama Islam menggubal satu SOP baru yang lebih terperinci supaya membolehkan masjid dan surau dibuka ketika waktu pandemik ini?
Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan hal ehwal Islam di lain-lain negeri tidak pernah lagi membuat SOP terperinci untuk diguna pakai sepanjang pandemik. Faktor-faktor di Negeri Selangor yang signifikan menyebabkan penelitian perlu dilakukan terhadap SOP yang dibuat berdasarkan kepada ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor terhadap cadangan SOP yang dikeluarkan MKN/ agensi Islam.