Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
196) MENGGALAKKAN RAKYAT MENCEBURI BIDANG SUKAN SECARA PROFESSIONAL
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang sukan?
Antara langkah — langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan lebih ramai orang menceburi bidang sukan adalah seperti berikut:-
- Menjalankan proqram Kenalpasti Bakat (Talet
Identification)
Program Kenalpasti Bakat ini dijalankan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada orang ramai terutamanya kanak-kanak yang berminat untuk menceburi bidang sukan. Walaubagaimanapun, program ini bergantung kepada sukan — sukan tertentu kerana setiap sukan berlainan dari aspek umur dan kategori.
- Menqadakan pertandinqan di semua perinqkat
Majlis Sukan Negeri Selangor melalui persatuan sukan negeri sentiasa menggalakkan penganjuran sukan kepada persatuan seperti Tertutup Selangor, Terbuka Daerah, Terbuka Selangor untuk semua lapisan umur. Dalam masa yang sama juga mana-mana atlet yang dilihat mempunyai potensi untuk diketengahkan bakat mereka akan dipilih
untuk menyertai skuad khas persatuan sukan masing- masing.
- Proqram sukan untuk semua
Selain itu, Majlis Sukan Negeri Selangor melalui bahagian Pembangunan Belia juga telah menganjurkan pelbagai program sukan untuk semua terutamanya warga Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina lebih banyak gelanggang-gelanggang futsal disetiap Kawasan perumahan?
Belum mendapat jawapan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina satu Akademi Sukan Khas untuk mengembangkan bakat rakyat Negeri Selangor dalam bidang sukan secara Professional?
Untuk jangkamasa pendek ini, Kerajaan Negeri belum ada hasrat untuk membina satu Akademi Sukan Khas untuk mengembangkan bakat rakyat Negeri Walaubagaimanapun, melalui Majlis Sukan Negeri Selangor di Bahagian Pembangunan Sukan, satu Program Khas telah diwujudkan dan ini adalah titik permulaan kepada sebuah akademi sukan akan datang. Ini adalah kerana sukan kini dilihat sebagai satu industri dan ianya mampu memberi impak yang tinggi terhadap ekonomi sesebuah negeri dan negara.
Buat masa ini, kekangan yang dihadapi adalah dari aspek peruntukan kerana ianya memerlukan komitmen kewangan yang besar dan berterusan. Hal ini meliputi kemudahan tempat latihan yang lengkap dan baik, kemudahan peralatan yang berteknologi tinggi, kepakaran jurulatih dan saintis sukan, kebajikan atlet yang menjadi tunjang kepada pencapaian yang cemerlang atlet-atlet Negeri Selangor ini. Buat masa ini banyak kemudahan — kemudahan yang dinyatakan tidak mencukupi dan kurang berteknologi. Sekiranya Kerajaan Negeri melihat potensi industri sukan di Negeri Selangor merupakan satu peluang yang akan memberi impak positif kepada peningkatan mutu sukan di Negeri Selangor dan juga ekonominya, maka satu dana hendaklah disediakan untuk mewujudkan akademi sukan ini. Sekiranya akademi ini ditubuhkan, ianya merupakan negeri pertama yang mewujudkan akademi sukan dan ianya juga dilihat betapa seriusnya Kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan bidang sukan.
Buat masa ini, pihak Majlis melalui Bahagian Pembangunan Sukan telah mewujudkan satu Program Khas dan program ini adalah berbentuk skala kecil sebelum ianya menjadi akademi. Meskipun kewujudan Program Khas ini berskala kecil, namun ianya lebih efektif kerana penumpuan yang lebih dapat dibuat. Sukan — sukan yang dikategorikan dalam Program Khas adalah sebanyak 8 jenis sukan seperti berikut:-
Akuatik Memanah Menembak Berbasikal Angkat Berat
Kanu Olahraga Gimnastik Selain daripada Program Khas, Bahagian Pembangunan Sukan Majlis Sukan Negeri Selangor juga sentiasa merancang program-program pembangunan sukan dengan kerjasama pihak persatuan sukan negeri.