Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
109) MENGGALAKKAN MASYARAKAT MEMBACA
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan tahunan bagi perpustakaan-perpustakaan di negeri Selangor?
Peruntukan tahunan bagi tahun 2008-2009 di perpustakaan Selangor
TAHUN KERAJAAN NEGERI KERAJAAN PUSAT 2008 RM 7 JUTA DITERIMA RM 5,498,815.12 2009 RM 6 JUTA DITERIMA RM 5,498,815.12 -
Apakah pendekatan yang digunakan bagi menggalak dan meningkatkan pembacaan di Selangor?
Usaha dan pendekatan untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat akan diteruskan sejajar dengan hasrat mewujudkan masyarakat berilmu. Pelaksanaan dan penganjuran aktiviti ilmu juga diharapkan mampu meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat.
Perkhidmatan dan infrastruktur perpustakaan akan terus dipertingkatkan dengan tujuan untuk menyemai dan menggalakkan sikap suka membaca di kalangan orang awam. Dalam hal ini, rangkaian perkhidmatan perpustakaan akan diperluaskan ke semua daerah, mukim dan kampung supaya lebih ramai penduduk mendapat akses kepada bahan-bahan bacaan. Agensi berkaitan akan bekerjasama untuk mempercepatkan pewujudan perpustakaan tersebut di pusat komuniti.
Usaha menggalakkan sikap suka membaca melalui Kempen Gerakan Membaca akan terus dilaksanakan. Dalam tempoh rancangan, lebih banyak perpustakaan baru termasuk perpustakaan di negeri, daerah dan luar bandar akan dibina manakala perpustakaan bergerak akan ditambah. Bagi meningkatkan tahap celik IT dan akses kepada maklumat, lebih banyak Pusat Siber Ilmu akan diwujudkan di seluruh negara. Program latihan untuk kakitangan perpustakaan terutamanya berkaitan dengan penggunaan dan penyelenggaraan IT akan dipergiat bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan perpustakaan.
Selaras dengan objektif menjadikan Perpustakaan sebagai pusat sumber dan rujukan, usaha akan dipertingkatkan untuk menambah koleksi dan perolehan buku-buku, jurnal dan bahan-bahan lain dalam pelbagai mata pelajaran terutamanya mata pelajaran sains, teknologi dan perniagaan. Perpustakaan juga akan membantu mengurangkan kadar kes jenayah dan gejala sosial. Peranan perpustakaan harus berkembang seiring dengan masa, bersesuaian dengan konsep “library my second home”, bermula dengan pembaikan imej yang dilakukan yang diharapkan akan ramai yang datang ke perpustakaan.
Pendekatan lain yang digunakan bagi menggalakkan dan meningkatkan pembacaan di Selangor adalah dengan menjalankan banyak aktiviti, pertandingan dan pameran dan kempen keahlian serta program-program yang melibatkan seluruh masyarakat seperti aktiviti permainan dalaman saidina , puzzle, kolaj dan origami, catur, sahibba dan congkak. Aktiviti tayangan video, aktiviti pertunjukan boneka, Puppet Show, aktiviti mewarna, mari bercerita dan kraftangan.
Bagi pertandingan pula, pertandingan yang boleh dijalankan adalah seperti pertandingan deklamasi sajak, puisi, pertandingan mewarna dan melukis, pertandingan reka cipta, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik remaja, bulan kemerdekaan peringkat negeri, pertandingan menulis jawi, pertandingan mari bercerita dan pertandingan menyiapkan jigsaw puzzle. Selain itu, pameran juga boleh menarik orang ramai ke perpustakaan seperti pameran lukisan-lukisan kanak-kanak, pameran Kesultanan Selangor, pameran kesihatan, pameran pelancongan dan isu semasa.
Pada bulan Ramadhan pula, kami mengambil kesempatan dengan mempamerkan tentang sejarah ketamadunan Islam. Tidak ketinggalan pula, pameran berkaitan dengan kenali ibu negeri Selangor. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor memilih pameran sebagai penyampaian maklumat yang utama kerana dengan pameran dapat meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang isu-isu semasa serta menambahkan ilmu pengetahuan.
Program dan kempen juga turut disediakan untuk menanamkan sikap positif untuk masyarakat. Bengkel “Setiap Bayi Satu Buku” dan The Knowledge Discovery turut disediakan untuk hidangan para masyarakat Program dan kempen yang dijalankan seperti program gerakan membaca, kempen bacalah anakku, program buku kawan akrab anda, kempen keahlian sempena cuti sekolah, program Pesta Buku Selangor, kempen hidup ceria dengan ilmu.
Segala pendekatan yang dapat dilakukan pihak kami bagi menggalakkan dan meningkatkan pembacaan di Selangor.
-
Berikan kategori-kategori buku utama yang disediakan bagi pembaca
1) Kategori buku utama yang disediakan bagi pembaca:
- Dewasa
-Fiksyen
-Bukan Fiksyen
-Rujukan
- Remaja
-Fiksyen
-Bukan Fiksyen
-Rujukan
- Kanak-kanak
-Fiksyen
-Bukan – Fiksyen
-Rujukan
DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION
000 – Computer science, information & general works
100 – Philosophy and psychology
200 – Religion
300 – Social sciences
400 – Language
500 – Science
600 – Technology
700 – Arts and recreation
800 – Literature
900 – History, geography, and biography